Friday, April 17, 2009

Maklumat Ringkas Mengenai Masjid Kampung Bukit Gajah, Bentong, Pahang

Oleh: Mohd Syazni B Mohd Sanusi.

BILIK AIR
Bilik air masjid ini terbahagi kepada 2 iaitu satu bilik air untuk lelaki dan satu untuk wanita. Setiap bilik air mempunyai enam tandas dan dua bilik mandi. Di tandas ini juga terdapat 15 pili iaitu 4 diletakkan di setiap tandas, 5 di hadapan tandas dan 6 lagi di luar tandas. Masalah yang dihadapi ialah keadaan pam tandas yang rosak. Ini menyukarkan pengguna untuk membersihkannya. Ia juga dilengkapi dengan enam terompah wakaf, dua cermin muka dan tiada tabung derma untuk bil air.

RUANG SOLAT
Masjid ini mempunyai ruang solat yang tidak begitu besar. Hanya boleh memuatkan lebih kurang 200 jemaah sahaja pada satu-satu masa. Sepertiga ruang solat digunakan untuk jemaah lelaki manakala selebihnya untuk jemaah perempuan. Ia juga dipenuhi dengan karpet untuk keselesaan jemaah menunaikan ibadah. Masjid ini mempunyai lima pasang telekung wakaf, tiga helai kain pelekat wakaf, dan tiada minyak wangi wakaf. Kesemua pakaian berada dalam keadaan bersih untuk digunakan.

BAHAN BACAAN
Masjid ini mempunyai sebuah rak untuk menyimpan Al-Quran, Tafsir Al-Quran, Surah Yasin dan bahan bacaan yang lain. Terdapat 35 buah Al-Quran, 10 Tafsiar Al-Quran, 150 buah Kitab Yasin. Tidak mempunyai perpustakaan, meja bacaan dan bahan bacaan yang lain termasuklah risalah.

P. A SISTEM
Masjid ini dilengkapi dengan sistem audio yang canggih seperti yang terdapat di
masjid-masjid lain. Sistem audio yang terdapat di masjid ini adalah seperti pembesar suara, mikrofon dan amplifier. Terdapat 8 pembesar suara yang dipasangkan di masjid ini iaitu 2 adalah speaker besar yang diletakkan di menara masjid dan 6 lagi adalah speaker kecil yang diletakkan di beberapa sudut masjid. Masjid ini juga mempunyai 3 mikrofon iaitu 2 adalah mikrofon besar yang digunakan bilal untuk melaungkan azan dan 1 mikrofon kecil yang digunakan imam dalam sembahyang berjemaah. Walaubagaimanapun, keselamatan peralatan audio ini tidak terjamin kerana masjid ini tiada pengawal. Kerosakan terhadap peralatan audio ini jarang berlaku kerana hanya orang tertentu sahaja yang boleh mengendalikan sistem audio di masjid ini.

PERSEKITARAN
Persekitaran di kawasan masjid ini adalah memuaskan. Masjid ini mempunyai ruang letak kereta yang agak kecil. Ia boleh memuatkan lebih kurang 150 buah kereta. Pihak masjid juga bercadang untuk mengindahkan kawasan masjid dengan membuat susunan lanskap di keliling kawasan masjid.

PERALATAN
Masjid ini juga sama seperti masjid-masjid lain, ia ada menyediakan alat-alat untuk menguruskan jenazah seperti tempat memandikan mayat, keranda, kain kapan dan alatan-alatan lain yang digunakan dalam proses menguruskan jenazah. Masjid ini juga menyediakan kemudahan lain seperti khemah, pinggan mangkuk, cawan, kawah, periuk dan alatan-alatan lain yang digunakan dalam majlis kenduri doa selamat atau majlis kebesaran. Peralatan ini juga boleh digunakan oleh penduduk kampung yang ingin mengadakan majlis kenduri.

AKTIVITI DI MASJID
Pelbagai aktiviti yang dijalankan di masjid ini. Antara aktiviti² yang dijalankan di masjid ini adalah seperti pembelajaran ilmu agama, khairat, gotong royong dan sambutan hari² kebesaran dalam Islam. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memupuk semangat kerjasama dikalangan masyarakat islam, mengeratkan hubungan silaturahim sesama umat dan menjadikan masyarakat Islam lebih bersatu padu dalam sesuatu tugas. Walaubagaimanapun pihak masjid mempunyai masalah dalam menjayakan aktiviti yang dialankan, salah satu dari masalahnya ialah setiap aktiviti yang dijalankan kurang mendapat sambutan dari masyarakat setempat, selain itu peruntukan untuk menjalankan sesuatu majlis juga sukar diperolehi. Berikut adalah aktiviti yang dijalankan di masjid ini.

PEMBELAJARAN ILMU AGAMA.
Masjid ini ada menyediakan kelas fardhu ain untuk semua penduduk. Kelas ini diadakan pada setiap hari Sabtu bermula dari jam 2. 30-4. 30 petang dan pada sebelah malam pula diadakan kelas haji dan umrah selepas waktu Isyak.


KHAIRAT
Tiada kutipan khas dilakukan pada setiap bulan. Ia adalah dari sumbangan ikhlas dari para jemaah sahaja. Kutipan yang dibuat pada setiap bulan adalah dalam lingkungan
RM 150 sahaja. Wang kutipan digunakan untuk membeli kelengkapan untuk menguruskan jenazah bagi membantu keluarga Islam yang kurang berkemampuan.

GOTONG-ROYONG
Masjid ini menjalankan aktiviti gotong royong sebanyak sekali sebulan. Makanan dan minuman dibeli menggunakan wang dari tabung masjid. Selain itu ada juga penduduk yang menyumbangkan sedikit makanan dan minuman. Golongan muda kurang memberi pertolongan semasa aktiviti ini.


SAMBUTAN HARI KEBESARAN
Masjid ini juga ada membuat sambutan hari-hari kebesaran dalam Islam seperti Awal Muharam, Hari Asyura, Nisfu sya’ban, Maulidur Rasul, hari Nuzul Al-Quran dan lain² lagi. Biasanya, sambutan Maulidur Rasul dan Nuzul Al-Quran diadakan secara besar-besaran dengan mengadakan beberapa aktiviti pada hari itu seperti ceramah, pertandingan membaca Al-Quran, pertandingan melaungkan azan, dan sebagainya.
Majlis-majlis lain seperti sambutan hari asyura, awal Muharam dan nisfu sya’ban hanya disambut dengan majlis bacaan doa selamat.


ORGANISASI MASJID.
PENGERUSI
Masjid ini dipengerusikan oleh ketua kampung itu sendiri iaitu Tuan Hj. Ishar B Abu Samah. Beliau berusia 71 tahun. Beliau tinggal di alamat NO. 80 Kg. Bukit Gajah, 28740 Bentong, Pahang Darul Makmur. Beliau telah berkhidmat sebagai pengerusi masjid selama 12 tahun. Pendapatan bulanan beliau ialah lebih kurang RM800 sebulan tidak termasuk elaun.

NAIB PENGERUSI
Naib pengerusi bagi masjid ini ialah En. Juhari B Hassim. Beliau berusia 48 tahun. Beliau tinggal di alamat NO. 61 Kg. Bukit Gajah, 28740 Bentong, Pahang Darul Makmur. Beliau bekerja sebagai penoreh getah.

SETIAUSAHA
Setiausaha masjid ialah En. Fadhil B Ahmad. Beliau berusia 36 tahun. Beliau tinggal di alamat NO. 48 Kg. Hayat, 28740 Bentong, Pahang Darul Makmur. Beliau bekerja sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Chemomoi, Triang. Pendapatan bulanan beliau ialah lebih kurang RM1800 sebulan.

IMAM
Masjid ini mempunyai 2 orang imam. Imam 1 ialah En. Abd Ghaffar B Awang. Beliau berusia 60 tahun. Beliau tinggal di alamat NO. 85 Kg. Bukit Gajah, 28740 Bentong, Pahang Darul Makmur. Beliau bekerja sebagai guru kelas fardhu ain di Sekolah Kebangsaan Pelangai. Imam 2 ialah En. Kamaruddin B Abdullah. Beliau berusia 63 tahun. Beliau tinggal di alamat NO. 96 Kg. Bukit Gajah, 28740 Bentong, Pahang Darul Makmur.

SIAK
Masjid ini mempunyai seorang siak. Siak masjid ini ialah En. Husin B Sharif. Beliau berusia 61 tahun. Beliau tinggal di alamat NO. 65 Kg. Bukit Gajah, 28740 Bentong, Pahang Darul Makmur. Beliau tidak mempunyai kerja tetap dan hanya melakukan kerja-kerja kampung sahaja.

BILAL
Masjid ini mempunyai 2 orang bilal. Bilai 1 ialah En. Talib B Hussin. Beliau berusia 63 tahun. Beliau tinggal di alamat NO. 65 Kg. Bukit Gajah, 28740 Bentong, Pahang Darul Makmur. Bilai 2 ialah En. Ali B Samsudin. Beliau berusia 41 tahun. Beliau tinggal di alamat NO. 98 Kg. Bukit Gajah, 28740 Bentong, Pahang Darul Makmur.

BENDAHARI
Bendahari bagi masjid ini ialah En. Abd Jalil B Mat Akil. Beliau berusia 52 tahun. Beliau tinggal di alamat NO. 43 Kg. Bukit Gajah, 28740 Bentong, Pahang Darul Makmur. Beliau tidak mempunyai kerja tetap dan hanya melakukan kerja-kerja kampung sahaja.


CADANGAN.
Saya mencadangkan agar :

1. Pihak masjid menyediakan lebih banyak tempat letak kenderaan.
2. Membesarkan ruang solat agar boleh memuatkan lebih jemaah.
3. Ajk masjid merangka lebih banyak program bagi menarik minat golongan muda untuk ke masjid.


Friday, October 14, 2005

No comments: