Friday, April 17, 2009

Maklumat Ringkas Mengenai Masjid Sultan Ahmad Syah Kuantan

Oleh: Ahmad Syawal Bin Abdul Rahman

PENDAHULUAN

Pada cuti mid sem yang lepas, saya telah pergi ke masjid Sultan Ahmad Syah Kuantan untuk membuat satu kajian tentang keadaan di dalam dan luar masjid ini. Disamping itu saya juga telah menemuramah beberapa orang yang berperanan penting didalam masjid ini iaitu pengerusi masjid, imam dan bilal. Ini adalah keputusan daripada kajian yang saya dapatkan daripada masjid yang saya kunjungi itu.

BILIK AIR

Saya telah membuat kajian tentang masjid ini mendapati jumlah bilik air adalah 2, satu dibahagian lelaki dan satu lagi dibahagian perempuan. Kedua-dua bilik air ini di mengandungi 14 tandas dan 7 bilik mandi. Pili air pula bejumlah 60 buah kesemuanya. Cermin muka pula hanya ada 10 buah kesemuanya. Trompah wakaf pula tidak dapat di sahkan kerana jumlahnya tidak tetap disebabkan selalu hilang apabila tiba sembahyang jumaat. Tabung derma di dalam masjid ini ada sebanyak 20 kesemuanya. Masalah-masalah yang berlaku dalam bilik air adalah kebanyakan tandasnya berlaku kerosakan pada pam nya. Keadaan ini menyulitkan kebanyakan pengguna terutamanya sewaktu sembahyang jumaat ramai jemaah terpaksa beratur untuk membuang air. Cermin muka pula banyak yang kotor dan pecah. Keadaan ini sudah dilaporkan kepada orang yang bertanggungjawab, tetapi sampai sekarang tiada sebarang baik pulih yang dilakukan.

RUANG SOLAT

Di ruang solat pula kelihatan keadaan karpet boleh dikatakan agak baik kerana selalu dibersihkan oleh pekerja-pekerja kontrak yang diupah untuk membersihkan masjid ini. Sejadah pula tidak terkira bilangannya kerana saya tidak menjenguk sehingga ke ruang solat wanita kerana ia tidak dibenarkan oleh pengawal keselamatan di situ. Kebersihan didalam masjid ini adalah memuaskan dan selalu dibersihkan sebelum waktu ditutup kepada orang ramai. Disini tiada kain pelikat wakaf kerana kesemuanya hilang apabila sesetengah jemaah meminjam dan tidak memulangkan terus. Keadaan ini amat dikesali dan pihak masjid tidak membeli kain pelikat untuk diwakafkan kerana takut perkara ini berulang dan boleh membazirkan duit tabung masjid. Songkok dan kopiah pula ada sebanyak 37 helai kesemuanya untuk diwakafkan. Kipas angin disini pula ada sebanyak 100 lebih kerana baru-baru ini pihak masjid telah membeli sebanyak 30 buah kesemuanya bagi memberi lebih keselesaan kepada para jemaah untuk menunaikan solat. Ruang solat ini dapat memuatkan sebanyak sekurang-kurangnya 2000 jemaah pada satu-satu masa.

BAHAN BACAAN

Selepas menjenguk ke ruang solat, saya telah menjenguk pula bahan-bahan bacaan didalam masjid ini. Bermacam-macam bahan bacaan yang boleh dilihat di dalam masjid ini seperti terjemaah ayat al-quran, buku kisah nabi, majalah-majalah yang berkaitan agama, dan banyak lagi. Yang sempat saya kira kesemua bilangan majalah ini adalah sebanyak 873 buah kesemuanya. Kesemua buku-buku ini diletakkan di rak yang disediakan iaitu sebanyak 20 buah rak kesemuanya.

P. A SISTEM

Setelah puas membelek bahan bacaan didalam masjid itu saya bertanyakan kepada imam disitu tentang jumlah speaker didalam masjid itu. Dia memberitahu bahawa speaker disini bejumlah sekurang-kurangnya 30 buah kesemuanya. Microphone pula hanya ada sebanyak 15 buah termasuk yang belum digunakan lagi. Sound pula hanya ada sebayak 4 biji. Keselamatan P. A sistem dijaga oleh pengawal keselamatan yang bertugas didalam masjid ini. Setakat ini tiada sebarang kecurian P. A sistem yang berlaku kerana kawalan keselamatan barang-barang di dalam masjid adalah ketat dan dijaga dengan baik sekali. Kerosakan pada P. A sistem pula hanya berlaku pada puratanya adalah 1 tahun sekali sahaja kerana P. A sistem didalam masjid ini adalah yang berkualiti dan tidak mudah rosak.

PERSEKITARAN MASJID

Persekitaran masjid ini sangat cantik kerana apabila dilihat dari jauh kita boleh lihat didepan masjid ini ada padang bolasepak dan ditepi padang itu ada dataran untuk parking kereta atau motosikal untuk pengunjung-pengunjung masjid ini. Ditambah pula dengan pokok-pokok bunga yang cantik-cantik di tanam disekelilingnya dan ada satu menara jam yang dibuat ditepi masjid ini. Dibelakang masjid ini pula kelihatan banyak bangunan-bangunan seperti Wisma Persekutuan, Bank-bank dan lain-lain pejabat. Jumlah parking ada sebanyak 4 tempat kesemuanya dan selalunya parking memang tidak cukup untuk jemaah-jemaah sembahyang jumaat dah kenderaan-kenderaan mereka terpaksa diletakkan ditepi jalanraya. Tiang bendera ada 2 kesemuanya yang diletakkan bendera Malaysia dan bendera negeri Pahang. Bilik tetamu didalam masjid ini hanya ada satu dan dikhaskan untuk VIP-VIP sahaja seperti sultan-sultan dan menteri besar yang selalunya datang menunaikan sembahyang jumaat dimasjid ini.

PERALATAN

Peralatan-peralatan didalam masjid ini adalah sangat banyak terutamanya peralatan untuk memasak kerana dimasjid ini mempunyai dapur memasaknya sendiri dan saya tidak dapat masuk keruang memasak kerana biliknya ditutup dan biasanya hanya dibuka apabila ada majlis-majlis yang dibuat didalam masjid ini. Tapi saya difahamkan jumlah pinggan mangkuk ada sebanyak 2000 lebih, tidak termasuk peralatan-peralatan untuk memasak sekali. Keranda pula ada sebanyak 15 buah kesemuanya dan diletakkan didalam bilik jenazah. perkakas mayat juga ada disediakan dimasjid ini seperti kain kapan dan sebagainya.

AKTIVITI MASJID

Masjid ini memang aktif membuat aktiviti kerana ia mempunyai barang-barang dan ruang yang besar untuk membuat sebarang majlis agama dan sebagainya. Kuliah maghrib di sini selalunya dibuat sekurang-kurangnya dua kali seminggu dan disampaikan oleh ustaz-ustaz yang berlainan. Kuliah subuh pula sama seperti kuliah maghrib yang dilakukan sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Selain itu, dimasjid ini ada menganjurkan kelas-kelas fardhu ain kepada pelajar-pelajar dan dilakukan sebanyak lima kali seminggu. Didalam masjid ini mengandungi 4 buah kelas kesemuanya dan boleh memuatkan sebanyak 100 lebih pelajar dalam satu masa. Manakala untuk orang yang berumur pula kelas hanya ada 2 kali seminggu sahaja. Kelas mengaji al-quran turut disertakan juga dan ia dibuka kepada semua peringkat umur. Tenaga pengajar terdiri daripada imam-imam muda masjid ini yang kesemuanya berjumlah 6 orang sahaja.

KHAIRAT

Bagi kutipan derma dimasjid ini pula adalah kira-kira RM2000 keatas sebulan dan jumlah terkumpul adalah sebanyak RM50000 keatas. Jumlah yang banyak ini kebanyakkan diterima oleh para jemaah dan daripada sultan Pahang sendiri untuk membangunkan lagi kemajuan dan menambahkan lagi keselesaan para pengunjung masjid ini. Sumbangan-sumbangan amal dilakukan dirumah-rumah anak yatim, rumah orang tua, orang kurang upaya dan orang miskin. Peruntukan ini ada disediakan oleh bendahari masjid ini kerana diperintahkan oleh sultan Pahang untuk berbuat demikian.

AKTIVITI-AKTIVITI

Gotong-royong tidak dilakukan dimasjid ini kerana masjid ini telah dibersihkan oleh kontrak yang diambil oleh pihak masjid melakukan kerja pembersihan tiap-tiap hari dan tidak perlu mengadakan aktiviti gotong-royong.

HARI KEBESARAN

Bagi hari-hari kebesaran pula seperti Awal Muharam diadakan ceramah dan jamuan ringan selepas ceramah. Selain itu, sambutan Asyura juga diadakan di masjid ini seperti begotong-royong membuat bubur asyura dan dibahagikan kepada semua para pengunjung yang dating ke masjid ini pada waktu tersebut. Pada hari Maulud Nabi pula diadakan ceramah sempena hari itu dan disudahi dengan jamuan ringan. Bila tiba Hari Raya Korban pula, pihak masjid akan menumbangkan sekurang-kurangnya 10 ekor lembu dan kadangkala jika peruntukan lebih, unta akan disembih di masjid ini.

MASALAH-MASALAH

Masalah-masalah yang berlaku dalam masjid ini adalah kecurian pada waktu biasa dan pada waktu sembahyang jumaat. Keadaan ini sering terjadi dan susah untuk dielakkan oleh pihak masjid. Selain itu, kebisingan jemaah kecil pada sembahyang jumaat mengganggu kententeraman para jemaah untuk mendengar khutbah yang disampaikan pada hari itu. Pihak masjid juga ada menerima aduan daripada orang ramai tentang masalah bilik air yang banyak kerosakan pada pili air dan pam tandasnya. Keadaan ini telah diadukan kepada yang berkenaan dan kemungkinan akan dilakukan pengubahsuaian dalam masa yang terdekat ini.

ORGANISASI

Bagi organisasi masjid ini pula, pengerusinya terdiri daripada Ustaz Haji Mahmood Bin Mat yang berkhidmat dimasjid ini selama 10tahun lebih dan telah dilantik menjadi pengerusi selama 2tahun setengah. Beliau merupakan pesara askar yang berumur 62tahun dan tinggal di Kampung sungai isap 2, Kuantan, Pahang. Beliau selalunya mengadakan mesyuarat bagi membincangankan permasalahan yang berlaku didalan masjid ini. Beliau juga sering memberi idea supaya menganjurkan lebih banyak ceramah agama dan motivasi didalam masjid ini dan kebanyakkannya telah berjaya dilaksanakan. Imam pula ramai didalam masjid ini dan saya hanya sempat berjumpa dengan imam yang bernama Ustaz Ahmad Zain selaku ketua imam di masjid ini yang telah berkhidmat selama 7tahun lebih didalam masjid ini dan beliau merupakan pesara dari sektor kerajaan. Beliau tinggal di Transit Kuaters yang terletak berhampiran 200meter dari stadium Darulmkmur Kuantan. Beliau berumur 56 tahun dan beliau juga salah seorang tenaga pengajar didalam masjid ini. Selain itu, saya telah berjumpa dengan bilal masjid ini iaitu Ustaz Kasim bin Ali yang berumur 52 tahun dan bekerja sebagai pegawai di pejabat agama Kuantan. Beliau berkhidmat dimasjid ini selama 3tahun lebih dan tinggal di Kampung Jawa Kuantan. Beliau juga bertanggungjawab didalam menguruskan sesuatu majlis yang dirancangankan didalam masjid ini kerana beliau merupakan AJK didalam masjid ini.


PENUTUP

Sekian ini sahaja kajian saya tentang masjid yang berhampiran rumah saya. Untuk pengetahuan semua, masjid ini telah dibina pada tahun 80an dan ia diberi nama sempena nama sultan Pahang iaitu Sultan Ahmad Syah.


Monday, October 03, 2005

No comments: