Friday, April 17, 2009

Maklumat Ringkas Mengenai Masjid Ar-Ridzuan, Alor Pongsu

Oleh: Nurul Ainie Bt Shuhaimi.

Alhamdulillah, syukur saya ke hadrat Ilahi kerana mengizinkan saya membuat kajian mengenai masjid di kampung saya. Masjid ini dirasmikan oleh Hj, Yunus bin Hj. Alias selaku Pegawai Tadbir Agama Daerah Bagan Serai dan diberi nama Masjid Ar-Ridzuan. Dahulunya, tapak asal masjid ini adalah ladang kelapa sawit, kemudian dipindahkan dan tanah tersebut diwakafkan oleh pengusaha ladang itu sendiri untuk membina masjid. Sebelum pembinaannya, penduduk kampung berjemaah di surau yang berhampiran dengan rumah saya. Pembinaannya memakan belanja hampir 64, 000, hasil kutipan derma dan sumbangan orang ramai dan sokongan pelbagai pihak.

Sejurus kemudian, masjid ini diterajui oleh barisan kepimpinan yang mantap bermula pada tahun1964, yang pada ketika itu dibarisi oleh 5 orang sahaja ahli jawatankuasa dan 2 oran imam yang salah seorangnya datuk saya sendiri. Kemudian, tahun demi tahun, pelbagai pengubasuaian yang dilakukan sehinggalah yang menerajui kepimpinan sekarang. bagai’ patah tumbuh, hilang berganti’, begitulah dapat saya gambarkan dengan kepimpinan masjid ini. Masjid ini diterajui oleh penasihat, Tn, Hj. Shaari bin Faker yang juga Penghulu Mukim Beriah, pengerusi masjid, Tn. Hj. Naim bin Hj Asmuni, dibantu oleh En. Mat Radzi bin Hj Ali sebagai naib pengerusi. Di bawahnya pula, ialah tugasnya mencari dan merekod maklumat serta menguruskan majlis dan surat rasmi, iaitu setiausaha masjid, En, Shuhaimi bin Hj Azizan (guru) dan di bantu oleh En. Saleh, sebagai penolong setiausaha. pengurus kewangan yang bijak mengira iaitu En. Abdul Razak selaku bendahari masjid.

Di samping itu, bagi melicinkan pentadbiran masjid, juga diwujudkan ahli jawatankuasa tugas-tugas khas yanng terdiri daripada 8 orang leleki iaitu, Tn Hj. Motari, Tn, Hj Sarikawi, Tn. Hj. Mat Isa, En. Shariff, Mohd Nor, En. Mat Taris, Abd. Rani dan Mad Rashid. bagi jawatankuasa wanita pula ialah terdiri daripada 2 orang iaitu Pn. Hjh. Rosminah dan rakannya, Pn. Sarimah.

Pentadbiran masjid tidak lengkap jika tiada pegawai-pegawai masjid yang begitu komited dengan tugas mereka, oleh itu 4 orang imam khas dilantik bagi mengimamkan para jemaah secara bergilir-gilir mengikut jadual yang ditetapkan. Antaranya ialah Tn. Hj Sabran bin Hj Asmawi, Tn. Hj Hhmad bin Awang, En. Eussof bin Din dan Encik Arshad bin Hassan(yang merupakan guru mengaji saya). manakala, imam dibantu oleh 4orang bilal, iaitu, En. Mohd Arshad b. Jab, En. Mat Desa bin Salleh, Tn. Hj. Abd Rahim Mat Zain dan Tn. Hj. Othman bin Ahmad. manakala siak juaga dilantik bagi memastikan peralatan dan kebersihan masjid terjamin, terdiri daripada 2 orang iaitu, En. Abd. Wahab bin Dollah Sani dan En. Ahmad Kassim bin Hj Darmawi.

Tambahan lagi, setia kariah mempunyai amilnya tersendiri, yang terdiri daripada 11 kariah iaitu, kariah simpang lima, kariah parit simpang lima, kariah parit abu hassan, khariah parit simpang empat, kariah parit lebai kadir, kariah lebai kadir 2, kariah parit haji taib, kariah parit hj ali, kariah parit haji kasim1 dan2 serta kariah jalan stesyen.

VISI MASJID
MASJID CEMERLANG, INSAN TERBILANG DAN KARIAH GEMILANG

MISI MASJID
KE ARAH MERIALISASIKAN INSTITUSI MASJID SEBAGAI PUSAT ILMU DAN

KOMUNITI KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN, MENJANA EKONOMI

MENGIKUT SYARIAT

BERSAMA MENEGAKKAN SYIAR ISLAM

ORGANISASI AHLI JAWATANKUASA
MASJID AR-RIDZUAN ALOR PONGSU

PENASIHAT
Tn. Hj. Shaari bin Faker(Penghulu Mukim Beriah)

PENGERUSI
Tn. Hj. Naim bin. Hj. Mohd. Asmuni

NAIB PENGERUSI
En. Mat Radzi bin Haji Ali

SETIAUSAHA
Shuhaimi bin Hj Azizan

PEN. SETIAUSAHA
Salleh bin Mat Isa

BENDAHARI
Abdul Razak bin Lebai Hamid

JAWATANKUASA

Tn. Hj. MatoridiBin Zakaria
Tn. Hj. SarikawiBin. Hj. Adam
Tn. Hj. Mat IsaBin Anang
En. Shariff bin Mat

Mohd. Nor binHamzah
Mat Taris binSaal
Abd. Rani bin Mihat
Md. Rashid binSalim

WANITA

Pn. Hjh. Rosminah bt. Kader Pn. Sarimah bt. Saidi

ORGANISASI PEGAWAI MASJID
MASJID AR-RIDZUAN ALOR PONGSU


IMAM
TN. HJ. SABRAN BINHJ. ASMAWI
TN. HJ. AHMAD BIN AWANG

EN. EUSOFF BIN DIN
EN. ARSHAD BIN HASSAN

BILAL
EN. MOHD. ARSHAD B. JAB
EN. MAT DESA B. SALLEH

TN. HJ. ABD. RAHMAN BIN MAT ZAIN
TUAN HJ. OTHMAN BIN AHMAD


SIAK
EN. ABD. WAHAB BIN DOLLAH SANI
EN. AHMAD KASSIM BINHJ. DARMAWI

SENARAI AMIL KARIAH MASJID AR-RIDZUAN ALOR PONGSU

KARIAH SIMPANG LIMA
ENCIK MOHD. NOR BIN HAMZAH

KARIAH PT. SPG LIMA
TN. HJ. ABD. RAHIM BINMAT ZAIN


KARIAH PT. ABU HASSAN
EN. HABIL BIN HJ. DIN

KARIAH PT. SPG. EMPAT
HJ. AHMAD PUAD BIN HJ ARSHAD


KARIAH PT. LEBAI KADIR
EN. ABDUL RAZAK BIN LEBAI HAMID

KARIAH PT. LEBAI KADIR 2
EN. ABDULLAH BIN MOHAMMAH

PARIT HJ. TAIB
TN. HJ. AHMAD BIN AWANG

PARIT HJ. ALI
TN. HJ. MAT ISA BINANANG


PARIT HAJI KASIM 1
TN. HJ. ARSHAD BIN HJ. ALI

PARIT HAJI KASIM 2
EN. SHAHIDAN BINMAT

JALAN STESYEN
ENCIK ABDUL RAHIM

BIODATA IMAM-IMAM
TN. HJ. SABRAN B. HJ ASMAWI

Beliau dilahirkan pada16. 9. 1952 di Selama, Perak dan sekarang menetap di Alor Pongsu, 34300 Bagan Serai, Perak. Beliau merupakan anak ke7 daripada 10 orang adik beradik. Pendidikan beliau bermula di sekolah kebangsaan changkat lobak, kemudian meneruskan pengajian beliau di kolej islam(kisas) sehingga tingkatan 6. Kemudian beliau berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar, Mesir selepas menamatkan persekolahan dengan keputusan jaid jiddan. Beliau merupakan pelajar cemerlang dan meneruskan kecemerlangan hingga ke menara gading. Bakat beliau dalam pidato dan bahas terselah dari awal pembabitannya di sekolah menengah lagi. Setelah menamatkan pelajaran di sana, beliau memulakan kerjaya sebagai guru di sekolah menengah sabar, bagan serai, perak. Disamping itu, beliau juga mengajar kelas agama di masjid untuk kanak-kanak. Beliau melangkah ke alam rumah tangga ketika berusia 24 Tahun dan hingga sekarang mempunyai 6 orang cahaya mata. Hasil didikan yang baik melahirkan anak-anak yang cemerlang dan kini semuanya mempunyai kerjaya yang boleh dikagumi. Beliau seorang yang dedikasi dan lemah lembut. Sifat yang ada dalam diri beliau inilah yang menjadi tunggak kecermelangan beliau dan dihormati orang ramai dan istiqamah dalam membuat sebarang pekerjaan. Beliau sudah berkhidmat sebagai imam masjid dan surau selama hampir menjangkau 30 tahun.

TN. HJ. AHMAD BIN AWANG
Dilahirkan pada 12. 3. 1960 di Parit Lebai Kadir, Alor Pongsu. Memulakan pendidikan di Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu. kemudian di Sekolah Menengah Alor Pongsu. seterusnya, beliau terpaksa menolak tawaran belajar ke universiti awam kerana masalah kewangan. beliau meneruskan usaha dakwah di kampung-kampung. 2 tahun kemudian, beliau melanjutkan pelajaran di sekolah darul ulum, kedah. Setelah menamatkan pengajiannya di sana. Beliau memulakan kerjaya sebagai guru di sekolah agama di kampung ini. Sudah berumah tangga dan kini mempunyai 5 orang anakKhidmatnya di masjid alor pongsu amatlah dihargai dan telah bertugas selama 23tahun. Beliau juga menyampaikan kuliah subuh dan magrib .

EN. ARSHAD BIN HASSAN
Pada 13. 5. 1958, lahirlah sorang insan dari kampung Simpang Lima, Alor Pongsu yang diberi nama Arshad. beliau adalah anak ke 4dari 8 orang adik beradik dan seorang yang pendiam tetapi tegas. prinsip yang beliau pegang ialah ikhlaskan hati dalam sesuatu pekerjaan. Beliau memulakan persekolahan di Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu, kemudian meneruskan pengajian ke sekolah tahfiz di kelantan. Hal ini kerana minatnya yang mendalam untuk menghafal dan mengkaji Al-quran dengan lebih mendalam. Pernah bekerja di pejabat agama daerah kerian. Melangkah ke alam pernikahan ketika berusia 25 tahun danmempunyai6 orang cahaya mata. Beliau kini, selain menjadi imam, juga menjadi guru di sekolah agama dikampung saya atas permintaan penduduk kampung. Beliau juga mengajar mengaji Al-quran dan pernah menjadi guru mengaji saya.

AKTIVITI-AKTIVITI MEMAKMURKAN MASJID
1426 HIJRAH / 2005 MASIHI

# MAJLIS ILMU, KULIAH, GOTONG ROYONG, BULAN RAMADHAN, NUZUL QURAN, SUMBANGAN ANAK YATIM, PERTANDINGAN TILAWAH DAN HAFAZAN, HARI RAYA AIDIL FITRI DAN QURBAN, SAMBUTAN MAAL HIJRAH, HARI ASYURA, MAULIDUR RASUL DAN BULAN KEMERDEKAAN.

Masjid Ar-Ridzuan ini mempunyai pelbagai aktiviti. Diantaranya ialah majlis ilmu . Majlis ilmu ini terbahagi kepada 3 kategori. Pertamanya majlis ilmu khas untuk kaum ibu dan kaum bapa. Keduanya, majlis ilmu umum dan yang ketiga, khas untuk kanak-kanak dan remaja. Semua majlis ilmu ini diadakan 2 kali dalam seminggu dan mempunyai pengisian yang berbeza. Bagi kaum ibu, pihak masjid akan menjemput ustazah-ustazah dari pejabat agama yang bergilir-gilir memberikan kuliah . Melalui program ini, para ibu dapat berinteraksi secara terbuka dengan gurunya berhubung persoalan tentang hal berumah tangga. kewanitaan dan tanggungjawab dalm islam. Bagi kaum bapa pula, lebih tertumpu kepada aspek masuliah dan peranan dalam pembangunan islam sejagat. Sehubungan itu, kanak-kanak lebih tertumpukepada hal-hal berkaitan solat, berwuduk yang betul danpenekanan dalam aspek Al-Quran. Saya turut menghadiri majlis ilmu khas untuk remaja yang membincangkan aspek kerohanian, tanggungjawab dan turut menerangkan aspek munakahat dan muamalat dalam kontek yang sebenar. Saya juga turut diberi peluang untuk memberi pandangan dan hujah untuk aktiviti yang dilakukan. Sabda Rasulullah s. a. w. :

Bermaksud: Keutamaan seorang yang berilnu pengetahuan ke atas seorang yang banyak ibadatnya, laksana keutamaanku ke atas serendah-rendah orang dari golongan sahabatku.

Selain itu juga diadakan kuliah subuh, maghrib dan jumaat. Apa yang dapat saya lihat, semua kuliah yang diadakan ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari ahli kariah . Hal ini kerana cara penyampaian yang menarik seperti berucap, forum dan bahas serta penduduk diberi peluang untuk memberikan pandangan masing-masing. Orang yang dipertanggungjawabkan untuk ini ialah Ustaz Haji Sabran, imam masjid ini. Ceramah bercorak keilmuan seringkali dijalankan untuk mendidik jiwa penduduk tentang fardu ain dan fardu kifayah.

Sehubungan itu, seringkali juga diadakan aktiviti gotong-royong untuk membersihkan kawasan masjid. Aktiviti ini dijalankan seminggu sekali iaitu pada hari ahad pagi diantara pukul 8 hingga 11 pagi dan turut disediakan jamuan untuk sesiapa yang sudi berkorban masa dan tenaga. Aktiviti ini juga dapat mengeratkan hubungan daintara penduduk kampung. Kawasan yang terlibat ialah di dalam dan sekitr masjid juga kawasan perkuburan.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, bersemperna dengan bulan yang mulia iaitu bulan Ramadhan, pihak masjid merancang program untuk mengimarakkan bulan tersebut. Diantaranya ialah majlis tahlil setiap petang sebelum berbuka puasa yang melibatkan semua pendudu kampung. Selain itu, turut diadakan majlis berbuka puasa yang melibatkan semua ahli khariah dimana setiap ahli khariah akan membuat kutipan di kariah masing-masing untuk menganjuran majlis. Penyertaan melibatkan individu. Ianya dimulakan dengan jamuan ringan dan hidangan berat selepas solat maghrib berjemaah. Dijalankan secara bergotong-royong. Selepas itu, solat Tarawikh(Imam dari Tahfiz selama 10 malam dari MADIWA). Pada bulan itu juga diadakanmajlis tadarus Al-Quran yang diketuai oleh En. Ahmad bin Mokhtar. Sembahyang sunat tasbih setiap malam selepas sunat Tarawikh .

Bagi Nuzul Al-Quran pula dijalankan pada 1 Ramadhan - malam ke 27 (menghabiskan 30 Juzuk). Majlis ini melibatkan orang dewasa dan remaja. Saguhati turut diberi kepada ahli kariah pada hari kemuncak 27 Ramadhan. Program ini bertujuan untuk mendidik jiwa dengan bacaan Al-Quran.

Semperna menyambut Hari Raya Aidil Fitri, diadakan jamuan untuk semua ahli kariah setelah solat sunat hari raya. Sehubungan itu, diadakan kunjungan dari rumah ke rumah bagi mengeratkan silaturrahim dikalangan penduduk khasnya kaum muslimin. Sumbangan kepada anak yatim turut diberikan. Semua senarai anak yatim dikumpul melalui amil- amil dan diberikan kepada jawatankuasa pengelola. Sumbangan adalah berupa kewangan dan pakaian.

Tambahan pula, semperna menyambut Hari Raya Qorban pula diadakan majlis qurban pada hari pertama qurban. Permohonan penyertaan qurban dibuka pada ahli kariah bermula selepas Hari Raya Qurban. Sumbangan adalah berupa bulanan (30) ataupun sekali gus. Setiap penyertaan sebanyak 250. 00 dan 100 kupon diagihkan kepada fakir miskin mengikut kawasan dalam kariah. Sebelah petang pula diadakan bacaan Yassin untuk jemaah haji yang diketai oleh Ustaz Sabran. Bakal-bakal haji diberi cenderahati dan jamuan) dan Tahlil dan jamuan selepas isyak. Selepas itu juga diadakan ceramah Qurban oleh Pegawai Tadbir Agama.

Maulidur Rasul merupakan hari kelahiran Rasulullah dan sambutan dijalankan mengikut peringkat mukim. Antara aktiviti yang dijalankan ialah ceramah oleh Tuan Hj. Nor Azam(Pegawai Tadbir Agama Bagan Serai). Atucara bermula pada pukul 6-7 dengan bacaan Yassin dan tahlil kemudian solat Maghrib berjemaah. Seterusnya berzanji, solat Isyak danceramah berserta jamuan . Sumbangan yang diberi sejumlah RM 1800.

Sambutan bulan kemerdekaan juga dilakukan dimana kemuncaknya bacaan Yassin dansolat hajat. Majlis kesyukuran dijalankan setiap tahun dan melibatkan ibu bapa, remaja dan kanak-kanak.

Maal Hijrah, malam Nisfu Syaban diadakan bacaan Yassin sebanyak 3 kali agar dimurahkan rezeki dan semperna Israk dan Mikraj pula diadakan kuliah kesedaran(Sirah secara bersiri) dan slide show khas.

Mesyuarat Agong Masjid dijalankan 2 kali seminggu bagi memberi peluang kepada AJK untuk mengutarakan pandangan dan masalah serta diselesaikan bersama. Konsep syura diterapkan dalam mesyuarat ini.

DAN PEMBANGUNAN MASJID

AR-RIDZUAN ALOR PONGSU

KEMUDAHAN MASJID AR-RIDZUAN
Masjid Ar-Ridzuan merupakan masjid yang serba lengkap. Berdasarkan kajian yang telah saya lakukan, masjid ini menyediakan tempat yang selesa kepada jemaah yang hadir sama ada untuk beribadah mahupun majlis ilmu. Antaranya ialah:

TEMPAT KHAS MAJLIS ILMU
Di dalam masjid tersebut menyediakan 3 buah bilik ataupun ruang khas untuk penduduk kampung menjalankan aktiviti keilmuan. Pertama, ruang untuk muslim yang terletak di bahagian kiri masjid, kedua, di sebelah kanannya pula terdapatruang untuk muslimah. Pengasingan ini bertujuan untuk memudahkan muslimin dan muslimat berhubung dengan guru mereka dan lebih terbuka. Manakala, ruang seterusnya pula untuk kanak-kanak. Di sini, kanak-kanak boleh mengikuti kelas mengaji dan fardu ain khusus dimana menitikberatkan cara solat yang betul, berwuduk dan pelbagai lagi.

RUANG BERWUDUK DAN TANDAS
Masjid ini telah menyediakan 2 tandas lelaki, 2 tandas wanita, dan 2 bilik mandi . Setiap[ tandas mempunyai 3 kepala paip dan kolah di bahagian luarnya. Begitujuga keadaannya dengan tandas wanita. Di bahagiannya juga disediakan 5 batang paip secara memanjang di kedua-dua bahagian iaitu di bahagian muslimin dan muslimat.

MINI LIBRARI
Pelbagai bahan bacaan yang disediakan . Tujuan penubuhannya ialah untuk menanam sikap membaca dikalangan penduduk kampung selain bahan rujukan di masjid. Sumber bacaan terbahagi kepada 3 iaitu buku agama, buku berkaitan pelajaran dan majalah serta isu semasa. Bahan bacaan ini kebanyakannya dari peruntukan pejabat agama, manakala selebihnya adalah dari derma ikhlas penduduk kampung yang sama-sama ingin melihat kemajuan di. masjid. Ini juga bertujuan untuk menari minat penduduk datang ke masjid untuk berjemaah.

RAK AL-QURAN DAN HADIS
Terdapat 4 buah rak, 2 dibahagian wanita dan selebihnya dibahagian lelaki. Pelbagai jenis kitab dan hadis yang disediakan dan sentiasa dijaga rapi. Setiap sudut juga diletakkan hadis dan Al-quran.

TELEKUNG DAN SEJADAH

RUANG UNTUKMEMANDIKAN MAYAT DAN KERANDA

STOR BARANGAN
Penduduk juga boleh menyewa barang yang terdapat dalam stor untuk perkahwinan.

TEMPAT LETAK KENDERAAN

PAPAN TANDA DAN SUDUT RENUNGAN
Setiap tempat diletakkan arah agar memudahkan pengunjung dan penduduk. Selain itu, di setiap jalan disediakan kata-kata hikmah dan peraturan masjid. Terdapat juga ruang renungan dan kesedaran.

KAWASAN REHAT DAN KECERIAAN
Kawasan rehat juga disediakan dan sebuah taman untuk menceriakan masjid dengan hiasan yang begitu cantik dan teratur.

BILIK SISTEM KAWALAN
Di dalam bilik ini, semua peralatan yang berkaitan elektrik dan p. a. sistem ditempatkan di sini.

TEMPAT PERNIKAHAN DAN PERBINCANGAN
Ruang ini disediakan bertujuan untuk memudahkan penduduk melakukan aktiviti perbincangan dan urusan tanpa gangguan

PROGRAM PEMBANGUNAN DAN PRASARANA
MASJID AR-RIDZUAN, ALOR PONGSU

PEMBANGUNAN YANG TELAH DISIAPKAN
BIL JENIS PEMBANGUNAN PENCAPAIAN
1. Sistem Lengkap Siaraya RM 2400. 00(Sumbangan Individu)
2. Tambahan Tempat Wuduk RM 500. 00(Wang Tabung)


PEMBANGUNAN DALAM PERLAKSANAAN
BIL JENIS PEMBANGUNAN PENCAPAIAN
1. 2 Tandas dan 1 bilik Mandi Lelaki Dalam pembinaan
2. Ubah suai Tempat Wuduk Muslimat Dalam pembinaan
3. Ubah suai saluran kolah Dalam pembinaan


PEMBANGUNAN DALAM PERANCANGAN
BIL JENIS PEMBANGUNAN PENCAPAIAN
1. Melengkapkan pejabat Perancangan
2. Sistem Penghawa Dingin Perancangan
3. Ubah suai kolah Perancangan
4. Keceriaan Hadapan Masjid Perancangan

SUMBER KEWANGAN MASJID AR-RIDZUAN

Sumber Kewangan Jangka Pendek

Bil Sumber
1. Kutipan hari jumaat (Anggaran Jumlah Kutipan)Setiap minggu (RM2 – RM300)
2. Sumbangan Hari Raya Aidil Fitri-( RM 500. 00 – RM 800. 00 )
3. Sumbangan Hari Raya Aidil Adha( RM 400. 00- RM 500. 00 )
4. Sewa Bendang ( RM 300. 00 setahun )
5. Sumbangan Individu

SUMBER KEWANGAN JANGKA PANJANG
Pembelian Rumah Kedai Dua Tingkat. Perjajian Jual Beli Telah Dibuat dengan Pihak Maybank untuk Jangkamasa 20 tahun. Kadar pembayaran sebulan ialah RM 960. 00 sebulan. Pembayaran bulanan adalah ditampung oleh sewa bulanan rumah dan bakinya adalah dari penyumbang tetap bulanan. Adalah dijangkakan pelaburan jangka panjang ini akan memantapkan sumber kewangan tanpa terlalu bergantung kepada sumber sumbangan ahli kariah semata-mata. InsyaAllah.

KOMEN:
1. Kebersihan masjid tidak memuaskan, terdapat banyak najis(tahi cicak) di ruang solah.
2. Susunan buku di rak adalah tidak teratur.
3. Kurang kemudahan dari aspek teknologi seperti
4. Kecerian masjid hanya tertumpu di ruang hadapan tetapi di ruang belakang tidak terjaga dengan rapi
5. Kawasan kubur yang terbiar dengan lalang dan rumput yang panjang
6. Kurang pelbagaikan aktiviti masjid untuk mendekati para remaja dan kurang aktiviti khas untuk remaja.
7. Ada dikalangan ahli jawatankuasa masjid yang masih tidak faham akan tugas sebenar mereka sehinggakan melakukan kerja diluar bidang tugas yang sebenar.

CADANGAN:
1. AJK dan ahli kariah harus mencari altenatif bagi menambah sumbangan terutama pada hariJumaat bagi menampung kos bayaran bulanan rumah kedai di Taman Sri Pongsu dimana pendahuluan sebanyak RM30, 000. 00 diwakafkan oleh Tn. Hj. Othman, pemilik tanah.
2. Membina ruang pejabat yang selesa beserta penambahan kemudan seperti komputer untuk kelincinan organisasi dan sistem pentadbiran
3. Memastikan organisasi kepimpinan sekarang di bawawah jawatankuasa kariah lebih berfungsi sebagai penggerak kearah mengimarakkan dan memakmurkan institusi masjid dengan kursus tertentu.
4. Mendekati kaum belia dan kesedaran merekalah pelapis yang akan menerajui kepimpinan masjid dengan aktiviti seperti kem imam dan bilal.
5. Meningkatkan majlis ilmu untuk pelbagai peringkat umur dengan menyediakan tenaga pengajar yang berkelayakan.
6. Menambah kutipan tabung wakaf tanah perkuburan melalui kutipan 2 kali setahun.
7. Memagar kawasan perkuburan demi keselamatan dan adakan gotong –royong setiap minggu.
8. Menjadikan kawasan masjid ceria dan menarik melalui program yang ditetapkan.
9. Mempelbagaikan fungsi masjid sebagai tempat ibadah, rujukan, musyawarah.
10. Menjadikan institusi masjid sebagai tempat menyatupadukan ummah tanpa mengira perbezaan fahaman.
11. Memastikan aktiviti yang dijankan ditingkatkan dan berfaedah kepada semua pihak.
12. Mengadakan rombongan ke masjid lain dan memberi cenderahati kepada semua ajk bagi menghargai tugas mereka.


Monday, October 03, 2005

No comments: