Friday, April 17, 2009

Maklumat Ringkas Mengenai Masjid Al-Jamiah 09000 Kulim, Kedah Darul Aman.

Oleh: Zairidzaton Bt Zainal

PENDAHULUAN
Masjid ini ditubuhkan pada 1992. Masjid ini merupakan kemudahan bagi penduduk-penduduk di sekitar kawasan ini. Masjid ini terletak di tempat yang strategik iaitu di tengah-tengah bandar Kulim. Masjid ini juga terletak bersebelahan Jabatan Agama Islam bagi memudahkan pentadbiran. Masjid ini bukan sahaja digunakan bagi tujuan mengadakan solat berjemaah tetapi juga untuk aktiviti-aktiviti keagamaan seperti Sambutan Maulidur Rasul, Ceramah-Ceramah Keagmaan dan Politik, Upacara Pernikahan dan Kematian.

KEMUDAHAN ASAS
Masjid ini dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan seperti bilik air. Terdapat 2 bilik air iaitu untuk lelaki dan wanita. Bagi setiap bilik air terdapat 7 bilangan mangkuk tandas. Bilangan pili pula sebanyak 20 bagi tujuan mengambil wuduk. Bagi lelaki, kolam wuduk disediakan dan 10pili air sahaja. Bilik mandi pula terdapat 2 bagi setiap bilik air. Terompah wakaf sebanyak 30 pasang. Kemudahan lain seperti cermin muka sebanyak 11 buah dan tabung derma sebanyak 20. Setakat ini tiada masalah bilik air dilaporkan.

Bagi ruang solat pula, karpet telah ditaja oleh sebuah syarikat pengeluaran karpet. Jumlah sejadah pula sebanyak 256 helai dan bilangan ini semakin meningkat kerana disedekah oleh orang ramai. Kain langsir digunakan sebagai pengadang wanita. Telekong wakaf sebanyak 15 dan songkok sebanyak 5. Kebersihan ruang solat dicuci setiap 2 minggu oleh pekerja di sini.

Bahan bacaan juga disediakan. Terdapat 2 buah almari yang muat diisi buku, Al-Quran dan Kitab-kitab. Terdapat 5 buah terjemahan dan 31 buah Al-Quran. Yassin sebanyak 67 buah dan terdapat juga risakah-risalah lain. Masjid ini tidak menyediakan perpustakaan dan hanya terdapat sebuah meja bacaan.

Terdapat juga P. A Sistem. Sebanyak 7 buah speaker dan 3 buah microphone dan 5 buah microphone kecil bagi tujuan aktiviti yang diadakan. Bagi tujuan Keselamatan, ia disimpan dalam almari berkunci. Kerosakan jarang berlaku.

Kawasan persekitaran dipenuhi dengan pokok-pokok bunga. Sebanyak 30 buah pasu bunga. Di perkarangan masjid pula terdapat tempat meletak kereta yang hanya bokeh memuatkan 45 buah kenderaan. Terdapat juga 3 batang tiang bendera dan 213 buah kerusi.

Peralatan lain seperti 5buah keranda dan perkakas lain seperti kereta sorong sebanyak 2, tetapi jarang digunakan kerana ramai yang menggunakaan servis kenderaan jenazah. Tempat mandi mayat sebanyak 2 buah. Di sebelah masjid ini pula terdapat kawasan kubur. Oleh sebab itu, masjid ini menjadi tumpuan penduduk setempat. Untuk majlis kenduri juga, pinggan mangkuk disediakan. Sebanyak 400 buah pinggan mangkuk dan 2 buah periuk besar serta 5 buah periuk sederhana. Manakala terdapat 500 biji cawan disediakan.

AKTIVITI
Masjid ini juga menyediakan aktiviti pengajian seperti Kelas KAFA bagi murid sekolah rendah. Selain itu bagi dewasa, kuliah Maghrib diadakan setiap malam Isnin dan Khamis. Kuliah Subuh pula pada setiap pagi Jumaat. Terdapat juga Kelas Fardhu Ain bagi lelaki dan perenpuan dewasa pada setiap hari Selasa dan Rabu. Kursus Haji pula diadakan pada hari Ahad dan Selasa petang.

Khairat kematian pula dikutip setiap bulan sebanyak RM3 setiap orang. Setakat ini sebanyak RM963 bagi 321 orang yang menyertai. Sumbangan Anak Yatim adalah sebanyak RM150 setiap bulan. Kutipan bagi Janda dan Orang Miskin hanya sekali pada setiap bulan Ramadhan, Syawal dan pada Hari Raya Korban bergantung pada kemampuan orang yang menerima. Upah bagi membersih kubur adalah RM50 setiap bulan.

Bagi Sambutan Hari Kebesaran, biasanya Marhaban dilakukan pada waktu malam dan ceramah yang berkaitan. Pada siangnya, kenduri diadakan seperti kenduri bubur Syura bagi perayaan Assyura, Awal Muharam, Nisfu Syaaban, Majlis Berbuka Puasa dan Sembahyang Tarawikh.

Masalah yang biasa dihadapi ialah kekurangan peruntukan kewangan. Sambutan tiada masalah kerana setiap aktiviti semuanya mendapat sambutan hebat.

ORGANISASI

PENGERUSI
Nama:Ustaz Haji Rahman Bin Haji Thaib
Alamat:Taman Desa Impian
Pekerjaan:Penasihat di Jabatan Agama Islam Daerah Kulim
Usia:48 Tahun
Tempoh berkhidmat:7 tahun
Masalah:Tiada
Aktiviti:Mengadakan mesyuarat

IMAM
Nama:Ustaz Ismail Bin Che Ya
Alamat:No:149, Kampung Keladi
Pekerjaan:Pesara
Usia:62
Tempoh berkhidmat:11 tahun
Masalah:Sakit tua
Aktiviti:Mengetuai sembahyang jemaah

SIAK
Nama:Haji Yahya Bin Md Ali
Alamat:No:48 Lorong Bangau, Taman Tunku Putra
Pekerjaan:Guru
Usia:51
Tempoh berkhidmat:8 tahun
Masalah:Tiada

BENDAHARI
Nama:Haji Zainal Bin Abdullah
Alamat:Lot. 148k, Simpang 3 Keladi
Pekerjaan:Polis
Usia:52 tahun
Tempoh berkhidmat:6 tahun
Duit yang terkumpul:RM3025
Aktiviti:Membaik pulih masjid dan peralatan

KESIMPULAN
Masjid yang baru dibina ini sememangnya mendapat sambutan dari orang ramai. Oleh kerana usia yang masih muda, jarang sekali berlaku kerosakan. Masjid ini mampu memuatkan 1000 lebih jemaah kerana masjid ini mempunyai 2 tingkat. Masjid ini dibekalkan juga dengan telefon awam dan gerai. Segala peralatan adalah mencukupi. Oleh kerana kedudukannya yang strategik, ia menjadi persinggahan oleh musafir-musafir.

Namun begitu, dikhuatiri masjid ini tiada barisan pelapis untuk mengganti tempat-tempat dalam organisasi yang kebanyakannya didominasi oleh orang yang sudah berusia lanjut. Selain itu juga, masjid ini memerlukan pekerja yang ramai. Dari segi kewangan pula, dikhuatiri tidak mencukupi jika masjid ini sering kali mengadakan aktiviti dan membaik pulih. Oleh itu, pihak masjid akan berusaha untuk mendapatkan bantuan dari kerajaan negeri. Pihak masjjid juga akan mengadakan kelas bagi melatih bakat-bakat baru untuk mengganti tempat jika terdapat kemalangan.

Setakat ini, semuanya berjalan dengan lancar. Mudah-mudahan terus berkekalan demi melahirkan insan-insan yang berhati mulia dan semoga Agama Islam terus berkembang maju dalam pelbagai aspek.

Monday, October 03, 2005

No comments: