Tuesday, October 13, 2015

Maklumat Masjid Seluruh Malaysia Secara Terpilih


Senarai Masjid Seluruh Malaysia





************************
Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis, MALAYSIA
Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212, 04-988-2701
Email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
URL: abdazizharjin.blogspot.com




Saturday, April 18, 2009

Maklumat Ringkas Mengenai Masjid Jamek Sabak Uni, Parit Raja, Batu Pahat, Johor

Oleh: Siti Noorhani Binti Jehad

Masjid Jamek Sabak Uni terletak di KM24 Jalan Kluang di Kampong Parit Nipah Laut, Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Masjid yang bercat hijau dan putih ini telah dibina hampir 58 tahun. Begitupun masjid yang ada sekarang ini telah di bina semula lebih kurang 7 tahun yang lalu. 58 tahun yang lalu saiz masjid ini lebih kecil jika di bandingkan dengan yang ada sekarang dan hanya berdindingkan kayu. Selepas perang masjid ini telah dibina semula dan diperbesarkan. Tuan tanah masjid ini telah mewakafkan bahagian belakang tanah masjid sebagai tanah perkuburan. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Setiap masjid pasti menyediakan kemudahan asas untuk kegunaan jemaah yang menggunakannya. Begitu juga dengan masjid saya. Antara kemudahan asas yang disediakan dan penting ialah tandas. Masjid ini mempunyai 4 tandas untuk kegunaan jemaah muslimin dan 4 tandas untuk kegunaan jemaah muslimah. Selain itu terdapat juga 2 buah bilik mandi dimana sebuah untuk lelaki dan sebuah lagi untuk wanita. Setiap bilik mandi menyediakan pancuran bersama sebiji baldi dan gayung untuk mereka yang tidak berasa selesa menggunakan air pancuran. Pili air di tempat mengambil wudu’ lelaki ada lebih kurang 20 buah. Manakala di luar disediakan sebanyak 7 buah pili. Sebanyak 10 buah pili disediakan untuk jemaah wanita. Selain itu terompah dan selipar tandas juga disediakan untuk kemudahan jemaah. 3 pasang untuk lelaki dan 3 pasang untuk wanita. Cermin muka turut disediakan iaitu sebanyak 4 buah dimana 2 untuk lelaki dan 2 untuk wanita. Masalah yang dihadapi ialah selipar tandas yang disediakan seringkali di curi. Cermin muka yang disediakan pecah namun telah diganti baru. Segala masalah yang wujud dapat di atasi dengan baik.

Ruang solat yang disediakan cukup selesa untuk kegunaan jemaah. Permaidani memenuhi dalam masjid. Sejadah yang ada juga cukup banyak. Pengadang bahagian wanita menggunakan tirai. Kemudahan yang disediakan di bahagian wanita juga baik. Sebanyak 12 helai telekung wakaf disediakan untuk kemudahan jemaah muslimah. Telekung ini juga selalu dibasuh agar sentiasa bersih. Setiap minggu penduduk kampung wanita akan bergilir-gilir membasuh telekung di masjid agar kebersihannya terjamin. Turut disediakan ialah air mineral yang diletakkan dibahagian belakang bahagian wanita dan untuk jemaah lelaki pula di letakkan berdekatan dengan pintu utama.

Kemudahan lain yang disediakan ialah bahan bacaan. Bahan bacaan seperti surah yassin disimpan di dalam perpustakaan mini. Sebanyak 200 buah yassin disediakan untuk kegunaan jemaah lelaki dan wanita. Biarpun ia adalah sebuah perpustakaan, namun tiada perkhidmatan pinjaman buku disediakan kerana kekurangan kakitangan. Perpustakaan ini kecil saiznya. Menempatkan 3 buah rak buku dan 2 buah meja. Jenis-jenis buku yang terdapat di dalamnya adalah buku-buku agama, tafsir al-quran, terdapat juga buku-buku sejarah dan majalah ilmiah. Kadang-kala perpustakaan ini turut digunakan sebagai tempat mesyuarat.

Peralatan yang paling penting bagi sebuah masjid adalah P. A System. Pembesar suara yang besar ada 4 buah. 2 di letakkan di hadapan dan selebihnya diletakkan di belakang. Mikrofon pula disediakan sebanyak 3 buah. Sound tidak terkira. Semua peralatan ini disimpan di dalam bilik yang berkunci. Setakat ini tiada lagi kejadian kecurian yang dilaporkan. Mikrofon kadang-kala rosak. Sekiranya mikrofon rosak siak, Tuan Haji Ajudi akan bertanggungjawab membetulkannya. Biasanya mikrofon akan diperiksa sebelum solat jumaat.

Persekitaran masjid pula disusun dengan pasu bunga kertas. Bunga kertas dipilih kerana mudah untuk dijaga. Warna yang dipilih pula adalah warna merah, merah hati, ungu, oren, putih kemerahan dan yang paling menarik hati saya adalah bunga kertas berwarna putih. Di kuburan pula terdapat rumpunan buluh dan pokok bunga melor. Aroma bunga ini seringkali membangkitkan keseraman dan mampu menegakkan bulu roma. Di hadapan masjid terdapat juga 2 batang tiang bendera yang mana sebatang berkibarnya Jalur Gemilang dan sebatang lagi berkibarnya bendera negeri Johor. Tempat letak kenderaan yang banyak. Begitupun ketika waktu solat jumaat tempat letak kenderaan tidak mencukupi memaksa jemaah meletakkan kenderaan mereka di padang sekolah yang terletak di sebelah masjid.

Perkakasan untuk kematian dan kenduri seperti keranda, perkakas mayat, pinggan dan mangkuk, kawah, periuk dan cawan turut ada di masjid ini. Penduduk kampong akan bergotong-royong atau dalam bahasa kami ‘rewang’ untuk sesuatu majlis.

Masjid ini menjadi tumpuan kerana kampong berdekatan tidak mempunyai masjid sebaliknya hanya memiliki surau. Sekurang-kurangnya 5 buah kampong sekitar menggunakan Masjid Jamek Sabak Uni. Majoriti penduduk kawasan ini berketurunan jawa. Sekolah rendah dan tadika terletak bersebelahan dengan masjid ini. Kampung saya masih mempunyai nilai kekampungan yang belum lagi lupus dalam dunia yang mementingkan diri ini. Saya amat bersyukur tinggal di kawasan kejiranan ini.

Setiap masjid pasti ada aktiviti yang dilaksanakan. Tidak kurang juga masjid ini, setiap hari pasti ada aktivitinya. Pengajian. Setiap isnin hingga jumaat selepas subuh diadakan Program Membudayakan al-Quran seperti yang disarankan oleh Sultan Johor. Pada setiap isnin malam selasa pula diadakan kelas agama ataupun ‘usrah’ yang dibimbing oleh imam. Kadangkala pendakwah bebas turut dijemput untuk menambahkan pengetahuan. Setiap malam sabtu pula diadakan kelas sunah dan hadis selepas subuh. Kelas ini mendapat sambutan dari golongan emas penduduk kampung. Kelas tajwid pula diadakan pada malam ahad. Namun begitu setiap kali program membudayakan al-Quran imam akan memberikan sedikit sebanyak info mengenai tajwid.

Duit khairat dikutip setiap jumaat. Kebiasaannya lebih kurang RM 550 dapat dipungut dalam sekali kutipan. Selain itu, gotong-royong pula biasanya diadakan 3 kali setahun. Sambutan penduduk kampong amat menggalakkan. Makanan dan minuman disediakan oleh pihak masjid. Namun begitu kebiasaannya ada penduduk yang bermurah hati menaja makanan dan minuman untuk penduduk. Program seperti ini biasanya mendapat sambutan yang baik dari penduduk kampung. Program seperti ini dapat mengeratkan sillaturrahim atau ikatan persaudaraan antara penduduk. Ini adalah salah satu faktor mengapa ukhwah antara penduduk kampung rapat. Kami akan saling bantu-mambantu jika ada antara kami yang sakit atau dalam kesusahan. Inilah antara sebab mangapa ramai orang ingin tinggal di kampung.

Di kampung saya semua hari kebesaran disambut. Contohnya seperti Awal Muharam, Hari Asyura’, Maulud Nabi, Nuzul al-Quran, Nisfu Sy’aban, Isra’ Mikraj dan semua hari kebesaran. Pada Hari Asyura’ kami akan bergotong-royang membuat bubur. Hari seperti Maulud Nabi dan Isra’ Mikraj kebiasaannya akan di jemput penceramah jemputan seperti Maulud Nabi yang baru saja lepas, pihak masjid menjemput ustazah yang dikenali dengan nama ‘cakar harimau’ iaitu Ustazah Siti Nurbahyah yang hadir membawa bersama suaminya, Ustaz Akasyah. Mengambil ucapan pengerusi masjid “ mintanya satu datangnya dua, bonus untuk kami”. Amat meriah sekali hari kebesaran seperti ini. Apatah lagi jika hari perayaan seperti Aidiladha ataupun Aidilfitri. Ketika Aidiladha beberapa tahun lalu sebanyak 5 ekor lembu dikorbankan. Satu-satunya saya menyaksikan lembu ditumbangkan. Untuk tahun itu ibu saya terpaksa membeli daging lembu lain untuk saya kerana saya tidak sanggup untuk makan daging lembu itu. Amat sedih ketika melihat lembu itu ditumbangkan. Seolah binatang itu telah tahu akan ajalnya dan mengalirkan airmata. Itulah kali pertama dan terakhir saya melihat upacara korban. Ketika Aidilfitri hari raya ke 2 ada marhaban. Penduduk akan bergerak dari rumah ke rumah dan bermarhaban. Setiap rumah lebih kurang 5 minit. Masalah yang dihadapi adalah dari pihak penceramah. Dua tahun lepas penceramah yang dijemput tidak dapat hadir pada saat terakhir terpaksalah pengerusi masjid mancari pengganti. Selepas peristiwa ini tidak pernah lagi timbul masalah seperti ini. Makanan dan minuman serta kehadiran tiada masalah langsung.

CARTA ORGANISASI

1. PENGERUSI
Nama : Tuan Haji Mos @ Muhsin Bin Ibrahim.
Alamat : Kg. Parit Nipah Laut, Km24, Jalan Kluang, 86400, Parit Raja, Batu Pahat, Johor.
Pekerjaan : Pesara Guru
Pendapatan : ± RM 850. 00
Usia : 61 tahun
Perkhidmatan : 3 tahun.
Aktiviti yang diadakan :
1. Menganjurkan gotong-royong
2. Mengadakan temujanji dengan penceramah.
3. Banyak lagi tidak dapat dinyatakan.
Masalah : Terpaksa mencari penceramah gantian.

2. IMAM
Nama : Tuan Haji Amin Bin Mesran.
Alamat : Kg. Parit Nipah Laut, Km 24 Jalan Kluang, 86400, Parit Raja, Batu Pahat, Johor.
Pekerjaan : Guru Besar Sekolah Agama.
Pendapatan : ± RM 1500
Usia : 56 tahun
Perkhidmatan : 5 tahun
Aktiviti yang diadakan :
1. Mengadakan kelas haji.
2. Membimbing kelas agama.
Masalah yang dihadapi : -


Imam Pembantu
Nama : Tuan Haji Mustajab
Alamat : Kg. Parit Sumarto, Jalan Kluang, 86400, Parit Raja, Batu Pahat, Johor.
Pekerjaan : Pesara Guru Agama
Usia : 61 Tahun
Perkhidmatan : Setahun

3. BILAL
Nama : Tuan Haji Suratekun Bin Anamrejo
Alamat : Kg. Parit Bingan, Km24, Jalan Kluang, 86400, Parit Raja, Batu Pahat, Johor
Pekerjaan : Bekerja Sendiri
Pendapatan : RM 350
Usia : 73 tahun
Perkhidmatan : 30 tahun

Bilal Pembantu
Nama : En Samsuddin Bin Siran
Alamat : Kg. Parit Hj Ali, Km24, Jln Kluang, 86400, Parit Raja, Batu
Pahat, Johor.
Pekerjaan : Tukang Kebun Sekolah
Usia : 50 tahun
Perkhidmatan : 5 tahun

4. SIAK
Nama : Tuan Haji Ajudi Bin Osman
Alamat : Kg. Parit Hj Ali, Km24, Jln Kluang, 86400, Parit Raja, Batu Pahat, Johor.
Pekerjaan : Peniaga Nasi Lemak
Pendapatan : ± Rm 900
Perkhidmatan : 10 tahun
Aktiviti yang dilakukan :
1. Membersihkan mesjid setiap minggu.
2. Mengajak budak-budak muda membersihkan masjid setiap minggu dengan membelanja nasi lemak.
3. Membentangkan sejadah untuk solat jumaat
4. Memeriksa keadaan mikrofon ontuk digunakan dalam Solat jumaat.

Masalah : tandas selalu kotor


5. BENDAHARI
Nama : Tuan Haji Ahmad Bin Madi
Alamat : Kg, Parit Nipah Laut, Km24, Jln Kluang, 86400, Parit Raja, Batu Pahat,
Johor.
Pekerjaan : Pesara Guru Agama
Pendapatan : ± RM800
Usia : 59 tahun
Perkhidmatan : 10 tahun
Aktiviti yang diadakan : Projek Masjid
Baki : ± RM 1000

KESIMPULAN
Kelebihan masjid ini adalah kerana lokasi yang strategik. Terletak di tepi jalan. Tumpuan para musafir untuk berhenti. Berdekatan dengan sekolah. Kawasan masjid yang mempunyai kubur. Masjid terdekat lebih kurang 2 kilometer iaitu Masjid Parit Raja tidak mempunyai kubur. Sekali lagi masjid ini menjadi tumpuan.

Masjid ini mempunyai sejarah tersendiri. Usia masjid yang lebih dari umur kemerdekaan Malaysia menceritakan masjid ini bersejarah. Telah dibina semula sebanyak 6 kali. Masjid ini pernah dijadikan sekolah dan pernah menjadi tempat berlindung ketika zaman perang. Begitupun, kampung berdekatan dalam pembinaan masjid baru untuk menampung pertambahan penduduk dikawasan Parit Raja.

Hasil nukilan dan idea oleh :
Siti Noorhani Binti Jehad
2004123153
IMK kumpulan B

Untuk tatapan Ustaz Abdul Aziz

SUMBER RUJUKAN :

Pengerusi Masjid, Tuan Haji Mos @ Muhsin Bin Ibrahim
Isteri Tuan Imam, Hajah Aminah
Tuan Haji Jehad Bin Mohamad Salleh
En Samsuddin Bin Siran
Tuan Haji Ajudi Bin Osman
Tuan Haji Ahmad Bin Madi

25 September 2005
Sunday.


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com


Maklumat Ringkas Mengenai Masjid Al – Firdaus Kampung Padang Besar Selatan, Kuala Perlis

Oleh: Hasmiza Binti Abu Hassan

Kebiasaannya setiap kampung atau mukim mempunyai sebuah masjid atau surau. Masjid menjadi elemen penting dalam pembentukkan sebuah kampung yang sempurna. Terdapat pelbagai kemudahan asas yang di sediakan di sesebuah masjid. Terdapat sebuah masjid yang baru di bina di Kampung Padang Besar Selatan, Kuala Perlis yang di beri nama Masjid Al- Firdaus. Masjid ini terletak berhampiran dengan Dewan Orang Ramai dan Sekolah Kebangsaan Padang Besar (Selatan). Kedudukkan masjid ini dapat memudahkan lagi pihak masjid menganjurkan pelbagai aktiviti. Pihak masjid dapat menggunakan dewan orang ramai atau dewan sekolah sekiranya masjid tidak mempunyai cukup ruang untuk sesuatau aktiviti.

Terdapat pelbagai kemudahan yang di sediakan oleh pihak masjid kepada orang ramai. Masjid ini mempunyai dua tandas perempuan dan dua tandas lelaki tetapi saya telah dimaklumkan oleh AJK masjid ini bahawa kebersihan tandas di masjid ini tidak memuaskan. Selain itu masjid ini juga mempunyai 4 bilik air dan 5 bilik mandi untuk perempuan dan lelaki. Bilik mandi di sediakan agak banyak kerana masjid ini selalu dikunjungi oleh pelancong- prlancong dari negeri lain yang datang ke Kuala Perlis untuk menaiki feri ke Langkawi. Terdapat lebih 20 pili air di masjid ini yang dikhaskan untuk mengambil wuduk. Selain itu masjid juga mendapat sumbangan dari orang ramai contohnaya seperti terompah wakaf sebayak lima pasang bagi wanita dan enam pasang bagi lelaki. Cermin muka juga bukan sahaja terdapat di tandas malah terdapat juga cermin muka yang di letakkan di bahagian luar masjid. Bagi kaum wanita pula terdapat juga tiga buah cermin muka di letakkan di bahagian belakang berhampiran dengan rak buku di belakang tempat solat. Selain itu terdapat juga sebuah tabung yang di sediakan untuk kegunaan membaiki kerosakkan bilik air dan membayar upah untuk aktiviti pembersihan kawasan bilik air.

Saya di maklumkan bahawa pihak masjid terpaksa membelanjakan hampir keseluruhan wang kutipan tabung yang diberi naam Tabung Kutipan Tandas hanya untuk membayar duti upah membersih tandas. Sekiranya pihak masjid tidak memperuntukkan wang tersebut untuk membersihkan tandas, keadaan tandas itu kelihatan begitu kotor dan ini dapat menimbulkan perbagai masalah dan dapat merosakkan pandangan pelancong luar tentang kebesihan masjid ini. Pihak masjid agak kesal kerana orang ramai terutamanya orang kampung tidak tahu menjaga kebersihan tandas di masjid ini.

Selain itu masjid ini juga mempunyai ruang solat yang luas yang dapat memuatkan lebih kurang 500 orang dalam satu – satu masa. Tetapi, menurut Imam di masjid ini hanya terdapat 50 oarang sahaja yang datang untuk berjemaah di masjid ini pada satu-satu masa jika tiada apa-apa majlis tertentu yang dijalankan di masjid. Hal ini amat merunsingkan pihak Masjid. Masjid juga banyak mendapat sumbangan dari orang ramai dan AJK kampung ini seperti sumbangan duit untuk membeli peralatan di masjid contohnya sejadah, telekung, penyapu dan lain-lain. Selain itu terdapat juga orang kampung yang mewakafkan telekung, kain pelekat dan songkok. Masjid ini mempunyai lebih kurang 10 helai telekung, 5 helai kain pelekat, dan 20 helai sejadah.

Bahan bacaan juga agak banyak di masjid ini kerana terdapat banyak pihak yang memberi sumbangan. Pihak masjid juga mendapat peruntukkan dari AJK kampung ini untuk membeli bahan bacaan seperti Al Quran, kitab Yassin, Al-Quran terjemahan dan banyak lagi. Masjid ini tidak mempunyai perpustakaan kerana kawasan masjid ini terhad. Kini masjid ini mempunyai 12 buah Al- Quran, 20 buah kitab Yassin, dan 10 buah Quran terjemahan. Terdapat 5 buah rak buku di masjid ini buat masa sekarang dan mewngikut perancangan pihak masjid akan menambahkan beberapa buah rak buku lagi kerana bilangan buku-buku semakin bertambah.

P. A sistem di masjid ini berada dalam keadaan baik dan lengkap. Terdapat 3 speaker, 4 mikrofon dan 3 sound. Keselamatan sistem ini agak terjamin kerana masjid akan sentiasa di awasi oleh AJK masjid pada setiap masa. Kesempurnaan dan keceriaan sesebuah masjid itu juga bergantung kepada keindahan susun lanskapnya. Masjid ini mempunyai lanskap yang tidak begitu menarik kerana masjid ini baru di bina tetapi belum ada pihak yang ingin menyumbangkan wang untuk kerja-kerja mengindahkan persekitaran masjid ini. Masjid ini mempunyai 45 buah pasu bunga, 6 buah kerusi dan kawasan parking yang mencukupi. Masjid ini tidak mempunyai tiang bendera kerana pihak pemaju tidak menyediakannya semasa pembinaan masjid ini. Pihak masjid tidak bercadang untuk membina tempat untuk memasang bendera buat masa sekarang. Peralatan di masjid ini agak mencukupi. Perkakas mandi mayat, pengusung keranda juga terdapat di masjid ini. Pengurusan jenazah dan kubur juga di bawah pengurusan pihak masjid. Perbelanjaan seperti bil air yang digunakan untuk kegunaan kubur juga di bayar oleh pihak masjid.

Pihak masjid juga ada menganjurkan beberapa aktiviti untuk penduduk kampung ini. Kuliah subuh dan kuliah magrib juga diberikan oleh imam pada setiap hari. Selain itu pihak masjid juga da menganjurkan pelbagai kelas kelas pengajian seperti kelas tajwid untuk kanak-kanak dan kelas fardhu ain untuk kaum wanita. Sebulan sekali pihak masjid akan mengadakan majlis membaca yassin pada hari Khamis malam Jumaat pada setiap minggu ketiga setiap bulan. Pihak masjid juga ada menganjurkan gotong- royong bagi membersihkan kawasan kubur dan masjid. Aktiviti gotong-royong akan diadakan 2 bulan sekali. Penduduk kampung kebayakkan mengambil bahagian dalam aktiviti ini. Pihak masjid juga akan memperuntukkan sejumlah wang meyediakan makanan kepada orang ramai yang turun bergotong-royong. Selain itu, di hari-hari kebesaran seperti awal muharram, asyura, nisfu syaaban dan maulut nabi terdapat juga aktiviti yang dianjurkan oleh pihak masjid. Pihak masjid akan menjemput penceramah dari luar seperti dari Majlis Agama Islam Perlis datang untuk memberi ceramah. Sambutan yang di berikan kadang-kadang amat menggalakkan tetapi kebiasaanya kurang mendapat sambutan.

Pendapatan masjid banyak bergantung kepada kutipan derma dan tabungan. Pihak Masjid mempunyai 3 jenis tabungan iaitu Tabung Mingguan Awam, Tabung Bergerak dan Tabung Kutipan Tandas. Kutipan bagi Tabung Kutipan Tandas kebiasaanya habis digunakan untuk perbelanjaan kebersihan tandas. Hanya hasil kutipan dari Tabung Kutipan Awam dan Tabung Begerak sahaja yang diambil kira sebagai pendapatan masjid. Kebiasaanyan setiap bulan masjid dapat mengumpulkan lebih kurang RM 1000 ke atas. Contohnya pada bulan Ogos yang lalu pihak masjid dapat mengumpul sebanyak RM 932 bagi Tabung Bergerak dan RM 681 bagi Tabung Mingguan Awam. Jadi Jumlah terkumpul bagi bulan itu sebanyak RM 1513. Pihak masjid sekarang mempunyai jumlah wang terkumpul sebayak lebih kurang RM 40 ribu. Pihak masjid bercadang untuk menggunakan wang itu untuk membuat pagar baru di sekeliling kawasan masjid. Pihak masjid memperuntukkan sebanyak RM 30 ribu untuk projek ini. Pihak masjid tidak berpuas hati dengan Majlis Agama Perlis kerana permohonan pihak masjid telah mendapat kelulusan selama lebih dari 2 tahun tetapi kerja-kerja pembianaannya masih belum dijalankan maka pihak masjid mengambil keputusan untuk membuat sendiri pagar itu.

Pendapatan masjid yang hanya RM 1000 lebih pada setiap bulan sebenarnya tidak mencukupi kerana pihak masjid terpaksa membayar Sebayak RM 50 kepada seorang guru kelas agama untuk seminggu. Masjid telah mengupah 3 orang guru dan terpaksa membayar RM 600 kepada mereka dalam masa sebulan. Pihak masjd menggunakan khidmat seorang guru ynag mengajar Feqah, seorang mengajar Tafsir dan seorang mengar Al-Quranb dan Tajwid. Tetapi malangnya, sambutan yang di berikan oleh orang ramai kurang memuaskan. Kadang kala hanya 15 hingga 20 orang sahaja yang hadir ke kelas-kelas berikut. Pihak masjid juga membelanjakan RM 200 pada setiap bulan untuk membayar bil air dan bil elektrik.

Terdapat beberapa masalah yang ditekankan oleh AJK masjid iaitu masalah kebersihan, bilangan vakum carpet yang sedikit menyukarkan proses membersihkan ruang solat. Selain itu, imbuhan yang di berikan oleh majlis agama kepada Siak terlalu rendah. Hanya RM 90 sebulan, pihak masjid tidak mempunyai wang lebih untuk menambah jumlah imbuhan itu. Kebayakan AJK masjid hanya bertugas secara sambilan sahaja

Carta Organisasi

Pengerusi : Encik Osman bin Senawi ( Imam 1 )
Alamat : Kampung Kurung Tengar
Pekerjaan : Nelayan
Umur : 67 tahun
Pendapatan : RM 450
Tempoh berkhidmat : 20 tahun

Imam 2 : Encik Mohamad Noor bin Ibrahim
Alamat : Kampung Padang Besar Selatan
Pekerjaan : Pegawai LKIM
Umur : 40 tahun
Pendapatan : RM 2500
Tempoh berkhidmat : 6 tahun

Timb. Pengerusi : Encik Jaya bin Saad
Alamat : Kampung Terus Teritip
Pekerjaan : Kerani
Umur : 61 tahun
Pendapatan : RM 700
Tempoh berkhidmat : 10 tahun

Setiausaha :Encik Ahmad bin Hassan
Alamat : Kampung Padang Besar ( Selatan )
Pekerjaan : Petani
Umur : 62 tahun
Pendapatan : RM 600
Tempoh berkhidmat : 10 tahun

Timb. Setiausaha : Encik Zubir bin Ghazali
Alamat : Kampung Padang Besar ( selatan )
Pekerjaan : Guru
Umur : 37 tahun
Pendapatan : RM 2000
Tempoh berkhidmat : 3 tahun

Bendahari : EncikAzhar bin Ahmad
Alamat : Kampung Padang Besar ( Selatan )
Pekerjaan : Kontraktor
Umur : 42 tahun
Pendapatan : RM 3000
Tempoh berkhidmat : 13 tahun

Bilal 1 : Encik Saad bin Saari
Alamat : Kampung Terus Teritip
Pekerjaan : Peniaga
Umur : 54 tahun
Pendapatan : RM 1500
Tempoh berkhidmat : 15 tahun

Bilal 2 : Encik Abdul bin Bakar
Alamat : Jalan Kubur, Kampung Padang Besar ( Selatan )
Pekerjaan : Petani
Umur : 60 tahun
Pendapatan : RM 350
Tempoh berkhidmat : 6 tahun

Siak 1 : Tuan Haji Ibrahim bin Saad
Alamat : Kampung Padang Besar ( Selatan )
Pekerjaan : Pesara JKR
Umur : 57 tahun
Pendapatan : RM 500
Tempoh berkhidmat : 8 tahun

Siak 2 : encik Razali bin Osman
Alamat : Jalan Kubur, Kampung Padang Besar Selatan
Pekerjaan : Buruh binaan
Umur : 45 tahun
Pendapatan : RM 400
Tempoh berkhidmat : 4 tahun

Kesimpulan.
Saya berpendapat masjid ini terdapat banyak kelebihan. Masjid ini mempunyai banyak kemudahan asas dan amat mencukupi. Selain itu pengurusan masjid juga agak cekap kerana dapat menguruskan perbelanjaan dan aktiviti yang dianjurkan dengan baik. Swaya mencadangkan supaya pihak masjid dapat mengadakan lebih banyak aktiviti yang dapat memberikan pendapatan kepada masjid. Contohnya aktiviti mengutip derma dari rumah ke rumah. Selain itu, pihak masjid juga perlu mengadakan lebih banyak aktiviti gotong-royong untuk membersihkan kawasan masjid terutamanya kawasan tandas. Pihak masjid tidak perlu membazirkan wang membayar upah membersihkan kawasan tandas. Hasil kutipan dari Tabung Kutipan Tandas itu sepatutnya dapat digunakan untuk kegunaan masjid bagi aktiviti yang lebih berfaedah. Selain itu, tentang masalah kurang sambutan dari orang ramai itu perlulah di atasi dengan segera. Mungkin orang ramai perlu di berikan lebih banyak pendedahan atau maklumat tentang sesuatu aktiviti yang akan dijalankan oleh pihak masjid.


Thursday, October 06, 2005



Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com


Maklumat Ringkas Mengenai Masjid Nurul Hidayah, Felda Jelai 2, Gemas

Oleh: Nurul Hasnida Bt Abd Wahab

Masjid Nurul Hidayah (F) Jelai 2 ini dibina pada 13 Ogos 1981 seiring dengan pembukaan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) Felda Jelai 2. Ia dirasmikan oleh YB Dato’ Yassin b. Bakar, ADUN kawasan Gemas. Pembinaannya mengambil masa selama 3 bulan iaitu sehingga 10 November tahun yang sama. Untuk tempoh itu, penduduk-penduduk Felda ini menunaikan solat Jumaat dan sebagainya di surau (F) Jelai 2. Dalam masa 24 tahun ini, masjid ini mengalami pengubahsuaian sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1990 dan 2002.

Kemudahan-kemudahan asas yang terdapat di masjid ini antaranya adalah bilik air. Terdapat 8 buah tandas lelaki dan wanita. 5 buah pili dan sebuah kolah besar di bahagian lelaki untuk mengambil wudhu’. Manakala di bahagian wanita pula terdapat 10 pili air yang kesemuanya berfungsi dengan baik. Terdapat juga 6 buah bilik mandi di seluruh masjid ini. Namun begitu, terdapat juga masalah-masalah yang melanda, lebih-lebih lagi dari segi kebersihan tandas. Kebersihan tandas dan bilik air tidak dijaga dengan baik, menyebabkan ia tidak dapat digunakan dengan sempurna. Masjid iini juga mempunyai 10 pasang selipar wakaf iaitu 7 pasang di bahagian lelaki dan selebihnya di bahagian wanita untuk digunakan oleh jemaah ke tandas atau mengambil wudhu’. Terdapat juga 2 buah cermin muka, masing-masing satu di bahagian lelaki dan wanita. Bil air dan elektrik dibayar menggunakan hasil derma dari tabung derma yang terletak di tengah-tengah masjid.

Ruang solat masjid ini telah diperbesarkan pada tahun 2002. Ruang solat wanita yang selama ini hanya dipisahkan dengan penghadang besi dan tirai, telah dibina di bahagian kiri belakang ruang solat jemaah lelaki. Kini masjid Nurul Hidayah ini dapat menampung hampir 1000 orang jemaah pada satu-satu masa. Karpet berwarna hijau digunakan untuk menambah keceriaan masjid dan keselesaan para jemaah. Masjid ini juga mempunyai 30 helai sejadah dan 8 gulung tikar yang biasanya digunakan ketika sembahyang hari raya, samada Aidilfitri atau Aidiladha. 7 pasang telekung, 3 helai kain pelikat dan 7 buah songkok dan kopiah disediakan untuk para jemaah yang memerlukannya. Menurut siak masjid ini, pakaian solat ini biasanya dibersihkan oleh jemaah yang tinggal berhampiran.

Masjid ini juga menyediakan bahan bacaan untuk para jemaah. Kebiasaannya, ia dibaca oleh jemaah sementara menunggu waktu solat. Terdapat 2 rak buku yang terletak di ruang legar masjid. Terdapat 54 buah Al-Quran dan 28 buah Al-Quran terjemahan serta 56 buah surah Yassin. Sebahagiannya diletakkan di tengah-tengah ruang masjid. Selain daripada itu, bahan bacaan lain seperti buku-buku ilmiah, kisah-kisah nabi dan para sahabat serta pelbagai lagi yang berkaitan dengan agama Islam turut disediakan. Terdapat juga majalah-majalah seperti Al-Islam dan risalah-risalah yang berkaitan dengan penyakit-penyakit dan sebagainya. Namun begitu, masjid ini tidak mempunyai perpustakaan sendiri, hanya ada sudut membaca sahaja.

Seperti masjid-masjid lain, masjid Nurul Hidayah ini juga memerlukan P. A system yang digunakan untukk mengalunkan azan, membuat pengumuman tentang aktiviti dan majlis-majlis rasmi seperti majlis perkahwinan dan pengumuman kematian kariah (F) Jelai 2. Masjid ini mempunyai lima buah speaker, empat daripadanya dipasang di empat penjuru kubah masjid. Lima buah mikrofon dan tiga buah sound turut terdapat dalam masjid ini. Ia digunakan ketika solat jumaat dan solat-solat lain serta dalam majlis anjuran masjid. Untuk keselamatan ia disimpan di dalam stor yang berkunci. Menurut imam masjid ini, 2 buah mikrofon telah hilang dan P. A system ini sudah beberapa kali mengalami kerosakan.

Dari pemerhatian saya, landskap masjid ini tidak begitu menarik, walaupun dihiasi dengan pasu-pasu bunga disekeliling masjid ini. Terdapat tiga tiang bendera di hadapan pintu masuk masjid. Masjid ini juga menyediakan sebuah bilik tetamu yang kebiasaannya digunakan apabila menerima kedatangan dif-dif terhormat atau orang-orang kenamaan.

Peralatan-peralatan lain seperti dua buah keranda dan perkakas mayat juga disediakan bagi menguruskan jenazah. Terdapat juga pinggan, mangkuk, kawah, periuk dan cawan yang digunakan untuk menyediakan makanan jika ada majlis-majlis anjuran masjid. Adakalanya, perkakas ini disewa untuk digunakan ketika majlis perkahwinan.

Selain daripada itu, masjid ini juga sering mengadakan aktiviti-aktiviti keagamaan untuk penduduk Felda Jelai 2 ini. Kuliah-kuliah maghrib dan subuh diadakan setiap hari. Kebiasaannya, ia disampaikan oleh imam masjid sendiri dan kadangkalanya oleh ustaz-ustaz yang dijemput khas atau musafir yang biasanya datang dari Negara Arab dan Indonesia. Ceramah agama untuk kaum ibu diadakan pada setiap petang Khamis. Aktiviti ini mendapat sambutan yang baik dari kaum ibu. Majlis bacaan Yassin diadakan setiap hari Khamis malam Jumaat dan kelas tajwid pada hari Jumaat. Di kawasan masjid ini telah didirikan Sekolah Agama Rakyat (F) Jelai 2 untuk anak-anak peneroka Felda mempelajari ilmu agama. Ia dibina setahun selepas masjid ini didirikan. Namun begitu, selepas kerajaan mengambil alih sekolah agama tersebut dan diserap ke sekolah harian biasa, bangunan kelas itu terbiar kosong. Kini khabarnya ia akan diubahsuai untuk dijadikan dewan masjid.

Kutipan khairat pula dikutip setiap bulan mengikut blok. Felda Jelai 2 mempunyai 24 buah blok. Setiap blok mempunyai seorang wakil yang dipertanggungjawabkan untuk mengutip duit khairat kematian atau sumbangan untuk anak-anak yatim dan ibu tunggal, lebih-lebih lagi apabila Hari Raya semakin hampir. Selain itu, masjid Nurul Hidayah ini juga mengadakan gotong-royong setiap tahun. Gotong-royong ini meliputi tiga tempat iaitu kawasan masjid, kawasan penempatan peneroka dan kawasan kubur. Ia dijalankan secara berperingkat-peringkat selama tiga minggu. Semua peneroka dijemput untuk menyertainya. Walaupun bilangan mereka ramai dan sambutan yang menggalakkan, namun apa yang menyedihkan ada antara peneroka ini membuat endah tak endah dengan aktiviti yang membawa kebaikan untuk semua ini. Semua makanan untuk aktiviti ini disediakan oleh Gabungan Pergerakan Wanita (GPW) yang disertai oleh kaum ibu di Felda Jelai Dua ini. Semua perbelanjaan adalah hasil sumbangan yang dikumpul oleh setiap blok.

Seperti kebiasaannya, setiap masjid di seluruh negara pasti akan mengadakan majlis-majlis keagamaan seperti juga masjid Nurul Hidayah ini. Sambutan hari kebesaran dalam Islam adalah acara wajib yang disambut setiap tahun. Antara sambutannya ialah Awal Muharam, Hari Assyura’, Nisfu Sya’ban, Maulidur rasul dan Nuzul Al-Quran.

Walaupun semua aktiviti ini mendapat sambutan yang baik, tetapi ia masih belum sampai ke tahap yang boleh dibanggakan. Apa yang dikesali, kaum bapa dan golongan remaja agak kurang menyertai aktiviti masjid yang biasanya dimonopoli oleh kaum ibu dan kanak-kanak. Selain daripada itu, kurangnya peruntukan wang juga menjadi masalah untuk menganjurkan majlis-majlis seperti ini.

ORGANISASI MASJID NURUL HIDAYAH

Nama pengerusi : Encik Jaafar b. Harun
Alamat : Pejabat Felda Jelai 2, 73480 Gemas,
Negeri Sembilan.
Telefon : 06-4349829
Pekerjaan : Pengurus Felda Jelai Dua
Pendapatan : RM 3000
Usia : 45 tahun
Tempoh berkhidmat: 5 tahun.

Nama imam : Tn. Haji Md. Yassin b. Haji Abu Hassan.
Alamat : No. 287 Blok 21 (F) Jelai 2, 73480 Gemas, Negeri Sembilan.
Telefon : 06-4347828
Pekerjaan : Peneroka Felda
Pendapatan : RM 900
Usia : 55 tahun
Tempoh berkhidmat: 6 tahun

Nama siak : Encik Ali b. Yunus
Alamat : No. 408 Blok 9, (F) Jelai 2, 73480 Gemas, Negeri Sembilan.
Telefon : 06-4349940
Pekerjaan : Peneroka Felda
Pendapatan : RM 800
Usia : 52 tahun
Tempoh berkhidmat: 12 tahun

Nama bilal : Encik Hartoyo b. Haji Terajo
Alamat : No. 112 Blok 10 (F) Jelai 2, 73480 Gemas, Negeri Sembilan.
Telefon : 06-4348615
Pekerjaan : Peneroka Felda
Pendapatan : RM 800
Usia : 55 tahun
Tempoh berkhidmat: 10 tahun

Nama Bendahari : Encik Abu b. Ahmad
Alamat : No. 221, Blok 19, (F) Jelai 2, 73480 Gemas, Negeri sembilan.
Telefon : 06-4348216
Pekerjaan : Peneroka Felda
Pendapatan : RM 750
Usia : 51 tahun
Tempoh berkhidmat: 10 tahun

Duit yang terkumpul: RM 1500 (Januari-Julai 2005)
Duit yg masih belum digunakan: RM 500

Kelebihan masjid ini ialah ia adalah masjid yang terbesar dan boleh menampung ramai jemaah khususnya ketika solat Jumaat dan Hari Raya berbanding dengan tiga buah masjid lain dalam Felda Jelai ini. Di sini saya juga mencadangkan agar menyediakan satu perpustakaan di dalam bangunan kelas yang akan diubahsuai menjadi dewan itu. Ia boleh menarik golongan pelajar dan kanak-kanak mendekatkan diri dengan masjid.


Thursday, October 06, 2005



Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com

Maklumat Ringkas Mengenai Masjid Keratong 7, Pahang

Oleh: Faizah Bt Marzuki

Masjid ini di bina pada tanggal 26 disember 1985 dengan kos kira- kira RM 500, 000 ribu. Ia di biayai sepenuhnya oleh Kerajaan negeri Pahang. Masjid ini berjaya di siapkan setelah setahun pembinaanya. Masjid ini boleh menampung kira- kira 500 orang jemaah pada satu- satu masa. Masjid ini memberi kemudahan kepada penduduk setempat untuk menunaikan sembahyang dan mengadakan majlis- masjid keagamaan.

Kemudahan Asas.

Bilik air
Masjid ini mengandungi 4 tandas iaitu 2 tandas lelaki dan 2 tandas wanita untuk kegunaan jemaah di sini. ia turut mengandungi 20 pili air dan 4 bilik air untuk memberi kemudahan dan keselesaan kepada jemaah terutamanya jemaah dari luar. Masalah bilik air dan masalah tandas di sini tidak terlalu kritikal dan masih boleh di atasi. Masjid ini turut menyediakan 20 pasang trompah dan 2 cermin muka untuk kegunaan jemaah di sini.

Ruang solat
Masjid ini turut menyediakan 50 pasang sejadah , 20 pasang telekong , 20 helai kain pelikat dan 10 songkok wakaf. Kebersihan masjid dan pakaian solat di sini terjaga kerana setia 2 miggu sekali ia akan dibersihkan. Masjid ini turut menyediakan pengadang wanita untuk memisahkan jemaah wanita dan lelaki.

Bahan bacaan
Di masjid ini turut mengandungi 2 rak buku , 30 buah Al-quran, 5 Al- quran terjemahan, 300 kitab yassin dan 100 buku- buku bacaan lain. Mini perpustakaan turut disediakan terutamanya untuk kegunaan pelajar- pelajar sekolah agama di sini. Perpustakaan ini turut menyediakan 10 buah meja bacaan , majalah keagamaan serta risalah – risalah untuk panduan mereka.

P. A system.
P. A system di sini mengandungi 4 speaker dan 4 microphone untuk digunakan semasa majlis- majlis tertentu. Ia turut dilengkapi dengan 2 sound untuk kemudahan semasa majlis dianjurkan. Kejadiaan kecuriaan P. A system di sini pernah sekali terjadi dan kerosakan speaker kerap terjadi.

Persekitaran.
Susunan landskap di sini agak menarik dengan dihiasi pokok-pokok bunga yang ditanam di sekeliling masjid. Terdapat 20 buah pasu bunga di sini dan tempat parking di sini juga luas. Sebanyak 200 buah kerusi turut disediakan untuk kegunaan semasa menganjurkan majlis-majlis tertentu. Di sini turut terdapat 2 tiang bendera iaitu untuk bendera Malaysia dan bendera Negeri Pahang.

Peralatan
Terdapat 2 keranda dan perkakas mayat seperti kain penutup, alat mandian (kapur barus, kapas, dan lain-lain ), kain kapan dan sebagainya di sediakan di masjid ini. Masjid ini turut menyediakan 300 pinggan mangkuk dan 300 biji cawan untuk kegunaan majlis- majlis tertentu. Dua kawah dan 2 periuk besar dan kecil turut disediakan untuk tujun memasak semasa berlangsungnya sambutan- sambutan tertentu di sini.

AKTIVITI

Pengajian
Kuliah maghrib diadakan seminggu sekali di sini iaitu pada setiap hari rabu untuk semua golongan. Kuliah subuh juga diadakan seminggu sekali iaitu pada setiap pagi sabtuuntuk memberi panduan hidup kepada pendudukdi sini. Masjid ini turut memberi peluang kepada para ibu- ibu untuk mendalami ilmu agama dengan mengadakan kelas pengajian fardu ain untuk ibu iaitu sebanyak dua bulan sekali.

Khairat
Badan khairat ditubuhkan di masjid ini untuk menguruskan kutipan khirat di sini. Kutipan bulanan selalunya mencecah RM 600 untuk setiap bulan bergantung kepada sumbangan yang diperoleh dari orang ramai. Jumlah terkumpul pula menjangkau RM 7200 setahun. Anak- anak yatim dan janda di sini juga tidak diabaikan dan mereka diberi bantuan sumbangan sebanyakRM 100.

Gotong- royong
Gotong royong untuk membersihkan masjid biasanya diadakan 3 bulan sekali. Setia kali gotong royong diadakan , sebanyak RM 100 diperuntukkan untuk sumbangan makanan. Gotong royong di masjid inimendapat sambutan yang agak menggalakkan dengan dihadiri oleh penduduk- penduduk setempat.

Hari kebesaran
Sambutan hari kebesaran seperti awal muharam, asyura, nisfu sya'ban, maulud nabi, dan nuzul al –quran disambut setahun sekali di sini. Semasa majlis sambutan diadakan, seluruh penduduk di sini mengambil bahagian . Penduduk di sini juga bergotong – royong seperti memasak, membersihkan masjid dan sebagainya sebelum sesuatu majlis itu dijalankan. Majlis seperti ini juga dapat merapatkan hubungan silatulrahim di antara penduduk di sini dan diadakan dengan meriah.

Masalah.
Masalah seperti tidak ada sambutan, kurang peruntukan dan lain- lain tidak berlaku kerana sambutan penduduk di sini menggalakkan.

Organisasi

Nama pengerusi: Abdul Majid b. Mat jail
Alamat : Blok 7, keratong 7.
Pekerjaan : Peneroka
Pendapatan : RM 1500
Usia : 58 tahun
Perkhidmatan : 20 tahun
Aktiviti yang dijalankan : Mempengerusikan mesyuarat serta majlis- majlis tertentu
Masalah yang di hadapi : Tiada

Nama imam: Hj Jefri b. Hj Asmawi
Alamat : Blok 8, keratong 7.
No telefon : 09- 4471668
Pekerjaan : Peneroka
Pendapatan : RM 1500
Usia : 58 tahun
Perkhidmatan : 20 tahun
Aktiviti yang dijalankan : Mengajar kelas tajwid dan kelas fardu ain
Masalah yang dihadapi: Tiada

Nama siak: Mat Satar b. Sehat
Alamat : Blok6, keratong 7.
No telefon : 09- 4471178
Pekerjaan : Peneroka
Pendapatan : RM 1500
Usia : 56 tahun
Perkhidmatan : 20 tahun
Aktiviti yang dijalankan : Membersihkan masjid.
Masalah yang dihadapi: Tiada

Nama bilal: Kastirun b Muskijan
Alamat : Blok8, keratong 7.
No telefon : 09- 4471108
Pekerjaan : Peneroka
Pendapatan : RM 1500
Usia : 58 tahun
Perkhidmatan : 20 tahun
Aktiviti yang dijalankan : Melaungkan azan dan selawat sebelum masuk waktu solat. .
Masalah yang dihadapi: Tiada

Nama bendahari: Abd Razak b Husin
Alamat : Blok13, keratong 7.
No telefon : 09- 4471270
Pekerjaan : Peneroka
Pendapatan : RM 1500
Usia : 57 tahun
Perkhidmatan : 3 tahun
Aktiviti yang dijalankan : Menjaga kewangan masjid dan menguruskan perbelanjaan masjid
Masalah yang dihadapi : Tiada
Duit terkumpul : RM 8153. 16
Kegunaan : Membayar bil runcit, bil air dan elektrik, saguhati penceramah dan peralatan memasak.
Jumlah yang tidak digunakan :RM 7540. 60

KESIMPULAN :

Kelebihan masjid :
Kelebihan masjid ini ialah ia mempunyai landskapyang indah serta kawasan yang mendamaikan serta menenakan jiwa. Selain itu, ia selalu menganjurkan pelbagai aktiviti yang berfaedah serta merapatkan hubungan antara penduduk di sini. Organisasi masjid juga bertanggungjawab dan menjalankan tugas dengan baik serta amanah. Masjid ini juga sering mendapat peruntukan daripada kerajaan negeri.

Cadangan- cadangan

• Membaiki kerosakan- kerosakan yang berlaku di masjid dengan segera
• Perbanyakkan aktiviti-aktiviti khususnya untuk remaja dan belia untuk menangani masalah sosial di kalangan mereka.
• Menyediakan pejabat yang dilengkapi dengan komputer untuk kemudahan pengurusan.

Komen
Pada pandangan saya, masjid ini menyediakan kemudahan yang baik kepada para penduduk dan jemaah. Selain itu, saya juga berpuas hati dengan organisasi masjid yang menjalankan tugas mereka dengan baik. Selain itu, aktiviti yang dijalankan oleh masjid ini juga memberi banyak faedah dan manfaat kepada para penduduk di sini dan dapat membantu penduduk di sini menambahkan pengetahuan agama mereka.

Thursday, October 06, 2005


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com


Maklumat Ringkas Mengenai Al-Iman, Bandar Perdana, 06000 Sungai Petani,

Oleh: Muhammad Izwan B Ismail

Pengenalan
Masjid ini beralamat masjidal-iman, bandar perdana, 06000 sungai petani, kedah. masjid ini dibina pada lingkungan tahun 70an Dan pada tarikh 25 februari 1978 masjid ini dirasmikan oleh yb.
Dato bukhari bin luqman

Kemudahan asas

Tandas
Tandas di masjid ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu bahagian untuk jemaah lelaki dan satu bahagian untuk jemaah wanita. bilangan tandas di bahagian lelaki terdapat sebanyak tiga buah dan satu bahagian kecil yang menempatkan cermin dan singki bagi kemudahan jemaah untuk membasuh muka. manakala dibahagian jemaah wanita pula sebanyak dua buah dan satu bahagian kecil. walaubagaimanapun kebersihan tandas amat memuaskan kerana para jemaah memainkan peranan mereka dan masing-masing bertanggungjawab. selain itu pihak masjid menyediakan selipar untuk kemudahan jemaah ke tandas.
.
Ruang solat
Masjid ini terdapat dua ruang utama iaitu ruang bagi jemaah lelaki dan ruang bagi jemaah perempuan. ruang jemaah lelaki terletak di bahagian kiri manakala ruang jemaah wanita di bahagian kanan. ruang utama di sediakan karpet manakala pada ruang belakang dilengkapi dengan jubin sahaja. ruang solat yang terdapat di masjid ini mampu menanpung jemaah seramai 200-250 jemaah pada sesuatu masa. dari segi kebersihan ruang solat didapati amat memuaskan kerana pihak ajk kebersihan masjid amat menitik berat kan kebersihan ruang solat mereka telah menyediakan pembersih vakum, penyapu, dan sebagainya di setiap sudut masjid untuk kegunaan para jemaah. ruangan solat juga disediakan kipas sebanyak 10 buah. bagi jemaah yang datang dari luar kain pelekat dan kain sembahyang wanita disediakan.

Tempat wuduk
Di masjid ini terdapat 2 tempat untuk mengambil wuduk iaitu satu bagi jemaah lelaki dan satu lagi bg jemaah perempuan. di setiap tempat mengambil wuduk tersebut terdapat lebih kurang 10 batang paip. ini memudahkan bagi para jemaah untuk mengambil wuduk. selain itu, tempat wuduk tambahan juga disediakan di bahagian pintu masuk masjid dan ini dapat mengelakkan kesesakan terutama pada hari solat jumaat.

P. a system
Ini belum lagi berlaku kecurian kerana semua peralatan p. a system diletakan terdapat sebanyak 8 buah speaker yang mana 2 buah di letakan di bahagian hadapan dan 1 bauh lagi diletakkan di bahagian belakang di ruang solat utama , 2 buah di letakkan di bahagian ruang solat kedua manakala 3 buah diletakkan dikubah masjid . terdapat sebanyak 2 buah microphone dan 1 microphone mini disediakan . setakat di dalam bilik khas yang berkunci.

Aktiviti keagamaan
Pengajian
Terdapat banyak aktiviti keagamaan di masjid ini. antaranya ialah mengadakan kelas bahasa arab pada setiap hari isnin. Di masjid ini juga diadakan kuliah maghrib pada hari selasa dan rabu diikuti bacaan yassin pada khamis malam jumaat. hari sabtu dan ahad pula, masjid kemensah mengadakan kelas pengajian al-quran dan tafsir. sambutan bagi aktiviti di masjid ini amat menggalakkkan.

Khairat
Masjid ini telah menyediakan sebuah tabung khas diwujudkan di ruang utama solat dan juga laluan ke ruang tambahan solat untuk kutipan derma ikhlas daripada para jemaah . jumlah kutipan derma bagi masjid ini ialah lebih kurang rm700 seminggu. duit derma ini akan digunakan untuk membayar bil elektrik dan air serta untuk menyediakan kemudahan untuk para jemaah.

Kesimpulan
Masjid kemensah telah memainkan peranan yang penting dan telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh para jemaah dan juga penduduk disekitarnya. masjid ini terletak di kawasan yang sesuai dan mudah untuk para jemaah untuk ke masjid . sebagai sebuah masjid yang menjadi tumpuan ramai di taman melawati, para jemaah hendaklah memainkan peranan dalam menjaga kebersihan dalam dan persekitaran masjid dan memelihara martabat dan keharmonian masjid ini dengan sebaik-baiknya .


Komen
Terdapat beberapa masalah bagi para jemaah iaitu masalah tempat meletak kenderaan terutamanya pada hari jumaat. oleh kerana tempat meletak kenderaan yang terhad, para jemaah terpaksa meletakkan kenderaan mereka di tepi jalan dan ini menyebabkan kesesakan lalu-lintas. ruang masjid juga perlulah dibesarkan kerana keadaan masjid yang agak kecil menyukarkan jemaah untuk bersolat terutamanya solat jumaat kerana ramai jemaah yang hadir dan ada yang terpaksa bersembahyang di luar masjid. selain itu, bilangan jemaah agak sedikit sewaktu solat zohor dan asar manakala jemaah remaja amatlah kurang terutama semasa sembahyang berjemaah. oleh itu ibu bapa haruslah menunjukkan tauladan dan mengajar anak-anak mereka untuk selalu bersembahyang di masjid. selain itu masjid ini perlulah mengadakan kelas bagi kanak-kanak.



Sunday, October 02, 2005



Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com


Maklumat Ringkas Mengenai Sejarah Masjid Ibn Sina Kampung Perawah-Dato` Kayaman Perlis

Oleh: Norfazlinda Bt Mohd Fadzil

Sejarah Masjid Ibn Sina Kampung Perawah-Dato` Kayaman Perlis
Masjid Ibn Sina Kampung Perawah –Dato Kayaman dibina pada tahun 1920- an hasil gotong-rotong penduduk kampung dari Kampung Perawah, Kampung Seberang, Titi besi, Baruh dan Kampung Dato’ Kayaman. Pada mulanya masjid ini dibina di tapak perkuburan lama yang berhampirannya terdapat kolam. Air kolam itu digunakan untuk mengambil wuduk pada masa itu.

Orang yang terkenal pada tahun 1920-an dalam pembinaan Masjjid Ibn Sina Kampung Perawah-Kampung Dato’ Kayaman ialah Lebai Jusoh, Tok Mohamad, Mad Datok, Tuk Haji Bidin, Seman Haji Min dan ramai lagi.

Pada masa itu, Penghulu Dato’ Kayaman dipertanggungjawabkan dalam menguruskan masjid bersama-sama dengan Tuk Ara dan Tuk Pandak. Kemudian diserakan kepada Encik Mustapa dalam mengurus masjid. Masjid ini pada mulanya hendak dinamakan sebagai Masjid Al-Shaari iaitu bersempena dengan nama pengasasnya tetapi atas perbincangan penduduk kampung, akhirnya masjid ini dinamakan Masjid Ibn Sina Kampung Perawah-Dato’ Kayaman yang terletak di antara Kampung Perawah dan Dato’ Kayaman.


ORGANISASI

PENGERUSI/IMAM

Haji Wan Kassim bin Wan Ishak merupakan pengerusi dan imam utama Masjid Ibn Sina Kampung Perawah-Kampung Dato’ Kayaman. Beliau tinggal di Batu 1, Jalan Dato’ Kayaman, Perlis. Pekerjaan beliau ialah sebagai guru agama swasta dan pendapatan beliau ialah RM300. 00. Beliau menjangkau usia 70 tahun dan telah berkhidmat sebagai pengerusi dan imam masjid selam 15 tahun. Selain itu, beliau sering mengadakan kelas mengaji al-quran, kelas fardhu ain dan beliau juga bertanggungjawab dalam memungut zakat.

Kini beliau berada di Hospital Tengku Fauziah untuk menjalani pembedahan dan rawatan kerana sakit. Kerja-kerja beliau diambil alih oleh Haji Wan Mokhtar bin Haji Wan Dali. Beliau tidak menhadapi sebarang masalah sepanjang menjadi imam masjid.

IMAM (KEDUA)

Nama imam kedua selepas Haji Wan Kassim ialah Haji Wan Mokhtar bin Haji Wan Dali. Di kalangan penduduk Kampung Dato’ Kayaman serta rakan-rakan taulan, beliau digelar sebagai ‘Wa’. Dilahirkan pada 16 Januari tahun 1940-an di Kampung Dato’ Kayaman. Beliau tinggal di kilometer 2, Jalan Dato’ Kayaman, 02450 Bukit Keteri, Perlis. Pendidikan beliau darjah 6 dan melanjutkan pelajaran di Sekolah Alawiyah Arau selama 7 tahun.

Kemudian beliau berkhidmat sebagai tentera selama 15 tahun dan kemudiannya berkhidmat di Telekom Malaysia selama 15 tahun. Sekarang beliau adalah pesara dan mempunyai pendapatan sekitar RM500. 00. Kini usia Haji Wan Mokhtar menjangkau 65 tahun. Beliau dahulu aktif sebagai ketua unit peladang, bekas prajurit Mata Ayer, Ahli Jawatankuasa Koperasi dan menjadi JKK Kampung Dato’ Kayaman dari tahun 1980 hingga 2004 iaitu selama 24 tahun. Beliau dikurniakan pingat PJK dan pingat PPA dalam Angkatan Tentera Malaysia.

Di masjid, beliau adalah sebagai guru al-quran dan guru kafa. Beliau sering mengadakan pengajian al-quran dan kafa kepada kanak-kanak dan orang dewasa. Beliau juga tidak menghadapi masalah ketika menjadi imam.

SIAK

Siak tugasnya membersihkan kawasan masjid agar masjid sentiasa bersih dan kemas. Masjid Ibn Sina Kampung Perawah-Tok Kayaman mempunyai dua orang siak. Yang pertama ialah Haji Saidin Mohamad dan yang kedua ialah Saari bin Awang. Mereka berdua tinggal di Kampung Perawah dan kedua-duanya bekerja sebagai pesawah serta pendapatan sekitar RM200. 00. Haji Said Mohamad berusia 62 tahun dan berkhidmat sebagai siak selama 20 tahun. Saari bin Awang pula berumur 58 tahun dan berkhidmat sebagai siak selama 15 tahun.

BILAL

Terdapat 2 orang yang bertugas sebagai bilal di Masjid ini. Mereka ialah Haji Abd Ghani b. Che Murad dan Encik Kamaruddin b. Darus. Mereka tinggal di Kampung Perawah dan mempunyai pekerjaan yang sama iaitu sebagai pesawah. Pendapatan kasar yang mereka peroleh ialah sekitar RM200-RM300. Haji Abd Ghani berusia 45 tahun manakala Kamaruddin berusia 57 tahun. Kedua-dua bilal ini telah berkhidmat sebagai bilal selama 2 tahun dan mereka berada di masjid setiap waktu kecuali ketika sakit dan menghadiri kursus.
Seperti juga yang lain, mereka juga tidak menghadapi sebarang masalah sepanjang memegang jawatan ini.

BENDAHARI

Nama bendahari masjid ini ialah Encik Hap Yup dan beliau tinggal di Kampung Perawah. Dahulunya beliau adalah sebagai guru besar dan sekarang beliau adalah sebagai guru pesara. Pendapatan beliau sekitar RM1300. 00. Beliau dahulunya adalah pengerusi PIBG Kampung Dato’ Kayaman dan menjadi Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Beseri. Beliau sekarang berusia 60 tahun dan tempoh perkhidmatan beliau sebagai bendahari masjid adalah selama 5 tahun.

Antara masalah yang kadang-kala dihadapi ialah kurangnya peruntukan untuk mengadakan sesuatu majlis. Setakat ini, jumlah wang yang terkumpul adalah sebanyak 15 ribu dan jumlah yang digunakan adalah sebanyak 12 ribu.


AKTIVITI MASJID

Pelbagai aktiviti telah dijalankan oleh masjid ini. Antaranya ialah kuliah subuh dan kuliah maghrib. Aktiviti ini diadakan tiap-tiap kali waktu subuh dan maghrib kecuali jika imam sakit dan menghadiri kursus. Kelas pengajian fardhu ain untuk ibu diadakan pada tiap-tiap hari Selasa, jam 8:00 pagi hingga 12:00 tengahari. Selain kaum ibu, kaum bapa juga terlibat dalam fardhu ain yang diadakan pada hari yang sama. Kelas tajwid dan Qiraati juga diadakan untuk kaum ibu dan bapa.

Kelas tajwid untuk kanak-kanak pula diadakan pada hari Isnin hingga Khamis jam 1:00 petang hingga 2:00 petang. Kelas ini di ajar oleh Haji Wan Mokhtar bin Haji Wan Dali serta isterinya Puan Khadijah bt Darus dan Haji Wan Kassim bin Wan Ishak. Kadang-kala pihak masjid mengupah guru agama dari luar untuk mengajar kelas ini.

Kutipan bulanan untuk khairat adalah RM65. 00 sebulan. Jumlah yang terkumpul adalah RM15 ribu. Wang ini digunakan untuk membayar upah guru al-quran dan disedekahkan untuk mengadakan aktiviti masjid. Wang kutipan itu juga disumbangkan RM60. 00 seorang untuk anak yatim, janda dan orang tua. Jika terdapat duit lebih sumbangan untuk mereka juga akan bertambah. Peruntukan untuk membersih kawasan kubur adalah sebanyak RM100. 00.

Gotong-royong di masjid diadakan 2 kali dalam setahun. Ia diadakan pada bulan Syaaban dan sebelum Hari Raya Aidiladha. Sumbangan yang diberikan untuk aktiviti gotong-royong ialah RM100. 00 dan jumlah orang yang menyertai aktiviti ini ialah seramai 30 orang. Walau bagaimanapun, ada juga pelajar dari Institut Kemahiran Mara(IKM) dan juga Maktab Perguruan Perlis menyertai aktiviti ini.

Di hari kebesaran seperti Awal Muharam, Nisfu Syaaban, dan Maulud Nabi, selalunya aktiviti yang hendak diadakan mestilah mengikut arahan pihak atasan dan mengikut keadaan masjid Kangar. Jika pihak masjid diarahkan untuk berbuat demikian maka aktiviti boleh diadakan. Pada Awal Muharam selalunya diadakan ceramah dan memberi sumbangan kepada 250 orang yang memerlukan bantuan. Pada hari Asyura pula, pihak kampung akan bergotong-royong untuk membuat bubur Asyura. Selain itu, untuk hari Nisfu Syaaban dan Maulud Nabi, pelbagai aktiviti seperti solat dan ceramah diadakan.

MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI SEPANJANG MENJALANKAN AKTIVITI

Aktiviti yang diadakan pada hari kebesaran mendapat sambutan majority dari penduduk kampung. Jadi, tidak ada masalah mengenai kurang sambutan di kalangan penduduk kampung. Peruntukan kewangan selalunya mencukupi kerana ada pihak yang memberikan sumbangan untuk menyambut hari kebesaran tersebut. Pihak tersebut termasuklah Senator Wan Nordin dan sumbangan dari Kilang Simen.

KEMUDAHAN ASAS YANG DISEDIAKAN

Terdapat 3 tandas lelaki dan 2 tandas perempuan dan kedua-duanya sentiasa berada dalam keadaan yang bersih. Tiada bilik mandi serta cermin muka dan ia mempunyai 12 pili tetapi 1 pili telah rosak. Bilik air tiada masalah kerana kedua-duanya dijaga dengan baik. Terdapat 7 pasang terompah wakaf tetapi ia tidak tersusun serta pihak masjid juga menyediakan tabung derma bil air.

Karpet di ruang solat adalah bersih dan mempunyai penghadang wanita yang elok. Jumlah sejadah adalah sebanyak 50, telekong wakaf sebanyak 30 pasang, kain pelikat wakaf sebanyak 60 helai dan songkok wakaf sebanyak 30. Minyak wangi tidak disediakan namun, kebersihan pakaian solat dijamin bersih.

Pihak masjid hanya mempunyai 7 rak buku, 1000 ribu naskah al-quran iaitu 500 naskah adalah al-quran terjemahan dan selebihnya tiada terjemahan. Terdapat 80 naskah kitab yasin, satu meja bacaan, 20 buah majalah dan 40 buah risalah. Tiada perpustakaan dalam masjid itu.

Masjid mempunyai 4 speaker, 2 mikrofon dan 2 set PA Sistem tidak dijamin keselamatannya kerana PA Sistem yang digunakan adalah jenis yang lama, fungsinya kurang memuaskan dan ia selalu rosak. Setakat ini, 2 kali kes kecurian mikrofon telah berlaku.

Jika dilihat kepada persekitaran, susunan lanskap tidak teratur, banyak rumput dalam kelapan-lapan pasu bunga dan pokok-pokok tidak diselenggara dengan baik. Masjid ini terdapat 150 tempat letak kereta dan motosikal, 100 buah kerusi, 50 buah meja, dan 2 tiang bendera. Bilik tetamu tidak disediakan.

Masjid ini tidak mempunyai keranda dan tiada perkakas untuk menguruskan jenazah yang lengkap. Ini menyebabkan pihak masjid terpaksa meminjam dari Kampung Perawah jika berlaku sebarang kes kematian. Terdapat 100 biji pinggan dan mangkuk, 20 biji periuk, 50 biji cawan dan sudu dan 2 biji kawah tetapi kedua-duanya telah pecah. Masalah yang dihadapi oleh pihak masjid ialah berlakunya kecurian periuk sebanyak 2 biji.

KELEBIHAN MASJID

Antara kelebihan masjid ini ialah:

1. Meminjamkan peralatan kepada penduduk kampung yang mengadakan kenduri tanpa sebarang kadar sewaan. Jika ada yang memberikan wang, wang itu akan disalurkan ke dalam tabung masjid.
2. Mengupah pihak tertentu untuk membersihkan bilik air agar sentiasa bersih.

CADANGAN

Antara cadangan daripada pihak masjid dan saya ialah kami berharap agar bilik tetamu dan bilik khas untuk imam dapat dibina untuk memudahkan mereka untuk menjalankan kerja-kerja di masjid. Selain itu, kami juga berharap agar, kemudahan menguruskan jenazah juga dapat disediakan bagi memudahkan kerja-kerja menguruskan jenazah di kawasan kampung.

KOMEN

Komen saya ialah pihak masjid sepatutnya menyimpan biodata organisasi masjid samada dalam sistem komputer atau secara manual. Pihak masjid juga sepatutnya menampal carta organisasi masjid agar penduduk dapat mengenali jawatankuasa yang mengendalikan masjid itu untuk memudahkan sebarang pengurusan. Keadaan pasu bunga yang pecah dan rumput yang banyak juga mencacatkan pemandangan di sekitar masjid.



Thursday, October 06, 2005



Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com